Thursday, June 11

Jejak Istana

Sebelum check-out dari hotel, kami menapak menuju ke Istana Kesultanan Melaka. Bayaran masuk hanyalah RM1/dewasa dan RM0.50/kanak-kanak & pelajar.

di hadapan istana

pemandangan di dalam istana

monumen di taman larangan istana

bunga di taman larangan istana


"Istana Kesultanan Melaka ini merupakan sebuah replika Istana Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka dari 1456 hingga 1477. Muzium ini dibuka secara rasminya pada 17 Julai 1986.

Kini, muzium ini mempunyai lebih kurang 1,350 item dalam bentuk artifak, cetakan, gambar dan lukisan yang mewakili sejarah dan budaya Kesultanan Melayu Melaka dan masyarakatnya yang menetap di Melaka pada tempoh tersebut.
Bangunan tiga tingkat ini dibahagikan kepada lapan bilik dan tiga galeri termasuk bilik pancaragam Diraja, senjata, seni perhiasan, hadiah, dewan rekreasi, balairung seri dan dewan Islam. Galeri-galeri pula menonjolkan pertempuran Hang Tuah dan Hang Jebat, pakaian tradisional dan kamar diraja. Di antara barang pameran di sini termasuk cetakan dan gambar Kesultanan Melaka, model Istana Sultan Mansur Shah, senjata Melayu, pakaian perkahwinan tradisional Melayu, barangan kemas dan barangan loyang." sumber

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin