Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.
Ladang strawberi yang kami kunjungi di Kg Taman Sedia berdekatan dengan inap desa tempat kami bermalam. Terdapat beberapa pengusaha strawberi berbanding kali pertama kunjungan kami pada tahun 2008 di mana hanya dua pengusaha sahaja, KHM dan Al-Mashoor. Deretan pengusaha di sepanjang jalan seperti YZ, Abang, RZ, Opah dan beberapa nama lagi.

YZ
Terdapat gerai menjual aneka mee, mihun dan laksa serta nasi kampung. Ianya one-stop-center untuk makan pagi/tengahari.
scone - RM3 |
strawberi coklat - RM6 semangkuk |
ais krim - RM2.50 |
coklat |
Al-Mashoor
Tempat yang selalu menjadi kunjungan selain KHM. Strawberi coklatnya sedap. Ketika kunjungan kami, strawberi segar untuk dibawa pulang tidak dijual.
strawberi coklat - 1 batang, RM2 tak silap saya, 3 batang - RM5 |
One-stop-center menjual makanan ringan seperti keropok lekor, waffle dan kaya ball. Kami hanya singgah untuk membeli strawberi segar.
Opah Strawberi
Menurut tuan punya gerai, mereka memulakan operasi sejak 2010. Ada beberapa juadah untuk dicuba. Kami mencuba makaroni goreng ini yang dipanaskan bersama cheese. Pengunjung boleh memetik sendiri strawberi dengan harga lebih kurang 250gm - RM10.
makaroni goreng dengan cheese - RM3.50 |
KHM
Tempat pertama kunjungan kami ketika 2008 sehingga kini. Ianya menjadi tempat favorite untuk menikmati strawberi coklat serta ais krim selain Al-Mashoor. Secara peribadi, saya gemarkan scone di sini. Strawberi segar tidak dijual ketika kunjungan kami.
set scone - RM15 dihidangkan bersama teh 'O' |
ais krim homemade - RM2.50 |
Setiap pengusaha mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apa yang dipaparkan di blog ini adalah pilihan kami secara peribadi. Setiap orang mempunyai citarasa yang berlainan. Jadi, raikanlah pandangan yang berbeza. Lain lidah lain citarasanya :D
- bersambung - taman bunga :)