Showing posts with label seminar. Show all posts
Showing posts with label seminar. Show all posts

Tuesday, April 21

Seminar Penghayatan Ibadah Solat

Hari Khamis lepas, sempat hadir seminar penghayatan ibadah solat. Antara isu yang dikupas sepanjang seminar ini adalah tentang permasalahan serta perselisihan pandangan di dalam perlaksanaan ibadah solat, namun, pertikaian sebegini dapat diselesaikan jika kita mempunyai ilmu tentang perlaksanaan solat itu. Contohnya, qunut serta bacaan Al-Fatihah di dalam solat.

Solat yang baik adalah solat yang dapat difahami makna bacaan di dalam solat itu serta dilakukan ikhlas kerana Allah.

Perkara yang menariknya tentang solat ini ialah tentang pertaliannya dengan kesihatan tubuh badan. Namun, janganlah pula kita niatkan solat itu untuk mendapat kesihatan yang baik. Saya senaraikan kepentingan solat dari sudut sains yang dikupas oleh seorang Dr. professional.

Qiam – menyelaras tekanan darah atas dan bawah pinggang

Ruku’ – meregang otot, saraf dan salur darah pada lumber plexus (tulang belakang)

I’tidal – mengendurkan urat dan saraf belakang

Sujud – mengembang salur darah otak (circle of Willi’s), oksigen disalurkan ke otak, anti-oxidant serta penenang (endorphins & encephalins)

Duduk antara dua sujud – membetulkan urat darah dan saraf belakang, meregang otot-otot pada jari kaki kanan, mengendur ketegangan belakang, meregulasi darah ke otak dan jantung dan meregulasi darah ke seluruh badan.

Marilah kita bersama-sama memperbaiki solat kita kerana solat adalah tiang agama serta solat adalah amalan pertama yang akan ditanya oleh Allah nanti. Goyahnya solat, bermaknanya goyahlah tiang seri agama kita.

Tuesday, May 27

Seminar

Ini kertas kerja pertama...dibentangkan semasa seminar pemantapan keluarga.

Antara intipati dari sesi ini:

Sabda Rasulullah s.a.w : "Anak soleh itu adalah satu wangian di antara wangian yang ada di dalam syurga" (Riwayat tak sempat salin)

Anak merupakan anugerah dari Allah yang perlu dihargai, bagaimana?

1. memberikan nama yang baik
2. mengajarkan tulisan (ilmu dan adab)
3. mengahwinkan anak apabila baligh

- Allah s.w.t mengasihi lelaki yang sayangkan anaknya.
- ciumilah anak-anak kerana setiap ciuman memberikan 1 darjat di syurga.
- Dari Rasulullah s.a.w : mengajar anak lebih baik dari bersedeqah 1/2 gantang sehari

Peringkat pendidikan:

1. 0 - 7 thn (jodoh dan susuan)
2. 8 - 14 thn
3. 15 - 21 thn

Dari As-Sodiq: Peringkat 7 thn pertama, bermain dengan mereka. Peringkat 7 thn kedua, mengajarkan adab kepada mereka, dan peringkat 7 thn ketiga, bergaul dan bersahabat dengan mereka.

Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi anak-anak:

1. Kawan
2. Persekitaran
- rumahtangga
- sekolah
- tempat tinggal
- media


(Full paper)








Friday, May 23

Sibuk?

Saya punya banyak cerita, tapinya tak sempat nak dimasukkan di sini. Kebelakangan ini, memang banyak sangat benda/kerja yang perlu dibuat. Bekerja semula hari Selasa, saya sibuk menyiapkan kertas kerja untuk program minggu depan! Last minute disuruh saya buat kertas kerja...alhamdulillah, sempat juga menyiapkannya dengan bantuan dari teman sekerja. Namun, Pengarah pula outstation, kertas kerja itu masih belum dapat diluluskan bajetnya.

Semalam hari yang menyeronokkan, walaupun beban kerja yang masih tak bersentuh, dapat juga menghadiri seminar pemantapan keluarga. Seronok mendengar para penceramah melontarkan idea berdasarkan pengalaman mereka. InsyaAllah, jika punya kesempatan waktu nanti, akan saya lontarkan pula ke sini untuk dikongsi oleh semua. Ilmu elok dikongsi, kerana ilmu tidak akan berkurangan jika dikongsi....


Tidak boleh lama, nanti kita bertemu lagi di lain coretan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin