Showing posts with label kuala lumpur. Show all posts
Showing posts with label kuala lumpur. Show all posts

Thursday, December 27

Belajar menjadi dewasa - Kidzania, KL

Kunjungan yang tidak dirancang.  Tempat ini sangat dicadangkan untuk anak-anak supaya mereka mendapat pendedahan menjadi 'dewasa' dengan melakukan pekerjaan yang biasa dilakukan oleh orang dewasa.  Walaubagaimanapun, bayaran untuk pengunjung dewasa agak mahal (RM35) kerana dewasa tidak dapat menyertai aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak.  Sangat comel melihat anak-anak kecil memakai pakaian seragam polis, anggota bomba, posmen dan sebagainya.  

Sebaik mendapat tiket, pengunjung diberi 'jam pengimbas'.  Untuk masuk ke ruang kidzania, pengunjung akan melalui 'imigresen' dan di sini anak-anak diberi sekeping cek bernilai 50 Kidzos.  Mereka dikehendaki untuk mendapatkan 'wang tunai' (kidzos) di bank kidzania di dalam denominasi Z1, Z5 dan Z10.  


imigresen

bank





Ruang dua tingkat ini dipenuhi dengan pelbagai outlet yang boleh dicuba.  Antara yang menjadi tumpuan ramai adalah simulator (pilot dan flight attendant), hospital pakar, aiskrim, biskut oreo dan banyak lagi.






Ketika cuti sekolah, hari minggu dan cuti umum, waktu operasi dibahagi kepada dua sesi, dari jam 10pg - 3ptg dan 4ptg - 9 mlm.  Hari biasa adalah 10pg - 5ptg.  Kami tidak sempat menghabiskan kesemua 'pekerjaan' yang ada kerana kesuntukan masa dan masa menunggu yang lama kerana ramai pengunjung.  

Dengan duit yang diperolehi, ada tempat yang mereka perlu bayar (untuk latihan) dan ada juga pekerjaan yang mereka mendapat 'gaji' di atas kerja yang dilakukan.

membuat burger dan boleh dimakan sendiri


Pembaca berita - taklimat sebelum berita bermula


kakak muncul di kaca tv

Hanya kakak dan sepupunya yang menjadi penyampai berita.  Adik tidak mahu, "adik tak tahu nak cerita apa...", katanya.  Puas saya beritahu, adik cuma perlu baca ayat di monitor saja.  Sudahnya, adik hanya menjadi penonton.

Ada videonya, tetapi saya tidak dapat upload di sini.



memasang komponen laptop

Ruang kecemasan

Mereka berpeluang menjadi doktor


Kelakar melihat gelagat anak-anak yang terpaksa mengikut protokol di dalam mahkamah kidzania.  Perbicaraan berlangsung di dalam gelak-ketawa.  





Ini saja yang sempat kami kunjungi di dalam tempoh 4 jam di sana.  Gambar-gambar dari jurugambar professional dapat dibeli dengan harga RM20/keping @ RM50/3 keping untuk seorang kanak-kanak.

Anak-anak sekarang ini sangat bertuah kerana mereka dapat merasai pengalaman bekerja (walaupun bukan sebenarnya) di usia yang masih muda.  Ibubapa dahulu 'bekerja' dengan mendapat upah kerja-kerja kampung sahaja.

Sedikit panduan:
1. Jika ingin berkunjung ke sana, dicadangkan pada hari biasa bukan cuti sekolah kerana masanya lebih panjang berbanding cuti hujung minggu.  
2. Anak-anak yang berumur 7 tahun ke atas akan lebih enjoy setiap aktiviti yang dijalankan. Ada aktiviti yang hanya 4+ tahun saja yang boleh menyertainya.  
3. Ibubapa tidak dibenarkan menyertai ruang aktiviti anak-anak, hanya boleh melihat dari luar dinding kaca.

Sunday, July 24

Pusat Sains Negara, Bukit Kiara

Selepas ke Kg Baru membeli barangan untuk kedai, kami ke Pusat Sains Negara.  Kunjungan ke sana sungguh menyeronokkan.  Terdapat pelbagai aktiviti interaktif berkaitan sains dan teknologi ada di sana  Saya sangat mengesyorkan kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak kecil dan juga remaja untuk ke sana.  Ianya permainan sambil belajar.  Orang dewasa juga boleh menguji minda dengan aktiviti-aktiviti yang ada.  Tidak rugi! 

Kami tiba agak lewat, jam 2 petang, jadi masa di dalam sana agak terhad. 

 Dari laman web PSN

Waktu Lawatan
  1. Isnin hingga Ahad (9.00 pagi - 5.00 petang);
  2. Dibenarkan masuk hingga 4.00 petang
  3. Pengumuman penutupan pada hari perayaan akan disiarkan melalui pihak media.
Bayaran Masuk

Kategori
Harga seorang (RM)
Dewasa
6.00
Kanak-kanak (7-12 tahun)
3.00
* Kumpulan Pelajar Sekolah Rendah (termasuk guru)
2.00
* Kumpulan Pelajar Sekolah Menengah (termasuk guru)
3.00
* Kumpulan Dewasa (minimum 10 orang)
5.00
Untuk mendapatkan bayaran masuk bertanda *, tempahan awal adalah diperlukan. Tempahan kumpulan sekolah mesti melalui guru besar sekolah dan mesti diiringi oleh guru sekolah.

Di laman hadapan bangunan, terdapat beberapa aktiviti interaktif.  Yang berbentuk piring satelit itu adalah getaran bunyi.  Berdiri di hujung penjuru, dan bercakap, masing-masing dapat mendengar suara orang yang di sebelah sana.  Di hadapan pintu masuk pula mempunyai bumbung parabola yang dapat memantulkan bunyi (gambar kakak melompat dan di bawah).  


ikan chi chi yang besar.  Tidak ingin dia menggigit tangan kami hehehe



 
terowong akuarium yang pertama di Malaysia
plasma


Di ruang ini, pengunjung dapat menerokai dan fahami prinsip-prinsip asas sains dan mengembara merentasi dunia makro dan mikro dalam bidang biologi, fizik, kimia dan astronomi. 

Di sini, adanya bilik gelap astronomi, simulator kapal selam dan pelbagai mesin pintar untuk dicuba.  

gambar kiri : bola terapung, kanan : mengangkat diri sendiri

Ruang kreatif.  Disediakan beberapa alatan untuk menguji minda bagaimana untuk mengeluarkan gelung dari induknya.


Peneroka comel untuk anak-anak kurang dari 4 tahun.


ruang eksplorasi

Anak-anak sangat teruja melepasi maze cermin ini.  Agak mengelirukan untuk mencari laluan keluar kerana kelihatan seperti jalan keluar, tetapi rupanya, bertembung dengan cermin!



kembar
adik rambang mata kerana terdapat pelbagai aktiviti di dalam ruang ini

Berbaloi dengan bayaran masuk dan boleh merasai pelbagai aktiviti di dalamnya. 
















Saturday, January 1

Petrosains


Kunjungan ke Petrosains baru-baru ini lebih kepada percutian sambil belajar.  Anak-anak teruja mencuba beberapa permainan interaktif yang menguji minda di sana.  'Pengembaraan' di Petrosains ini bermula dengan Dark Ride. Kapsul ini akan membawa pengunjung ke stesyen lawatan yang terbahagi kepada beberapa bahagian.  



Jangan lepaskan peluang ini untuk anak-anak! 


Petrojaya -Ruangan animasi beserta wayang kulit.

gambar bawah kiri - mini jengkaut

Geotime Diorama - Zaman Dinosaur dan maklumat berkaitan fosil, gempa bumi dan petroleum


Sparkz - ruangan untuk rekacipta, permainan interaktif serta ruangan kreativiti.


Penerbangan ke pelantar minyak - simulasi helikopter yang meredah ribut untuk tiba ke pelantar minyak.  Peralatan di pelantar minyak serta kabin untuk krew bertugas di atas pelantar juga dipamerkan di sini.  Ketika 'mendarat' di pelantar minyak, adik melihat kembali 'helikopter' tersebut.  Katanya, helikopter itu tidak naik pun, hanya bergerak dan bergoyang-goyang saja.  Hehehe.


Speed - teknologi dan sains yang berkaitan dengan kelajuan


Molecule Nano World - berkaitan atom dan molekul


Masa selama 2 jam tidak cukup rasanya untuk melengkapkan setiap sesyen.  Perlu diperuntukkan lebih masa untuk 'menghayati' maklumat di setiap seksyen.  Sememangnya ianya pembelajaran yang menyeronokkan.

Bayaran masuk dan waktu operasi seperti yang dipaparkan di web petrosains.  Untuk pemegang kad Mesra Petronas dan kad Jusco ada diskaun yang disediakan.

Admission rates
Adult (18 years and above): RM12.00
Youth (13 - 17 years): RM7.00
Child (5 - 12 Years): RM4.00
Senior Citizen (56 years and above): RM6.00
Family Package (2 adults & 2 children): RM24.00
Children four years and below: Admission is FREE

Operating Hours
Tuesday - Friday: 9:30 am - 5:30 pm
(Last Admission: 4:00 pm)
Saturday, Sunday & Public Holiday: 9:30 am - 6:30 pm
(Last Admission: 5:00 pm)
Monday: CLOSED

Monday, June 7

Sepanjang perjalanan... PPinang - KL

Pemandangan biasa ketika melalui lebuhraya dari P.Pinang ke KL bersama aksi-aksi "model" di dalam kereta.

Cak!

Dari mata turun ke hati


Pokok kelapa yang sinonim dengan  Pulau Pinang

Seberang Perai Selatan

Kelapa sawit di celah rimbunan pohon renek

Oh, jalan agak jem


Sedap saja model ini lena

Inilah penyebabnya jalan sesak

Menghampiri terowong di Jelapang

Pemandangan yang mengasyikkan ketika melepasi terowong

Menghampiri tol lama Jelapang

Perjalanan terus ke KL berbanding dahulu yang terpaksa berhenti di tol Jelapang

Saya suka pemandangan di Perak ini, penuh dengan kehijauan bukit-bukau

Senja di lebuhraya

Malam.... tidak dapat lagi mengambil gambar yang menarik kerana diselubungi kegelapan, kecuali melalui persimpangan-persimpangan yang mempunyai lampu yang terang.  Ketika tiba di Rawang, Selangor,  lampu-lampu yang beraneka susunan dan warna mula kelihatan.  Cantiknya... kalaulah saya dapat mengambil pemandangan lampu-lampu yang bergemerlapan itu. 

Perjalanan ini mengambil masa lima jam akibat kesesakan yang berlaku disebabkan oleh kemalangan di dua tempat yang berasingan berbanding empat jam kebiasaannya dengan kelajuan biasa. 

- bersambung ke destinasi seterusnya -

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin