Showing posts with label komputer. Show all posts
Showing posts with label komputer. Show all posts

Wednesday, May 25

Bukannya pandai...


External hard disk saya ini tersimpan hampir kesemua data saya.  Jika hilang, menangislah, orang kata.  Dan hd ini telah 2 kali sakit sejak saya memilikinya - rasanya sudah 5 tahun, hampir-hampir nazak dan juga masuk ICU.  Kali pertama, ketika disambungkan ke komputer, ianya seolah-olah tiada sambungan ke hd itu (not detected).  Panik juga ketika itu.  Mujur adanya encik suami yang sanggup membelek menelek hd itu beberapa hari lamanya untuk menghidupkannya kembali.  Sudahnya, casing/housingnya ditukar, barulah boleh digunakan semula.  Alhamdulillah.  Cepat-cepat saya membuat back-up data di dalam pc supaya jika terjadi apa-apa, data masih tersimpan di tempat lain.

Kali kedua, baru-baru ini, ketika sibuk untuk memasukkan markah peperiksaan akhir pelajar ke dalam template yang telah disediakan.  Data-data langsung tidak boleh dibaca, atau bahasa komputernya, crash!  Alhamdulillah, saya menyimpan markah kuiz, tugasan dan ujian mereka di dalam bentuk hard copy juga (belajar dari pengalaman juga). Terpaksalah saya memasukkan markah mereka semula satu persatu. Tetapi back-up yang telah saya buat adalah yang lama, setiap kali saya update didalam hd ini, saya tidak update ke dalam back-up saya.  Itu kesilapan saya.  Hampir 5 hari juga hd ini di dalam ICU (kedai komputer) untuk mengembalikan data di dalam hd tersebut.  Alhamdulillah, data-data tersebut dapat diselamatkan tetapi di dalam keadaan berterabur.

Jika tidak ingin berlaku seperti saya, rajin-rajinkanlah diri untuk membuat salinan kepada data-data yang telah disimpan.  (peringatan untuk diri sendiri juga hehehe).

Friday, April 3

Demam


Minggu lepas, tuanpunya laptop ini demam. Hari ini, laptop ini pula yang "demam", terus tidak boleh dihidupkan. Petang tadi sewaktu dibawa ke "doktor" komputer, rupa-rupanya laptop yang telah banyak berjasa ini, motherboard nya telah rosak. Agaknya laptop saya juga tertekan dengan penggunaan maksima sepanjang beberapa minggu yang lalu. Memandangkan usia laptop ini sudah 4 tahun, motherboard juga tiada lagi stok di kedai tersebut. Esok, suami saya akan membawa laptop ini bertemu dengan penjualnya, manalah tahu, jika masih boleh diselamatkan. Jika tidak.... beli baru? atau.... hu hu hu... sedihnya....

Thursday, September 4

Komputer

Anak-anak selalu menggunakan laptop untuk bermain games komputer. Risau pula laptop itu rosak dengan tangan-tangan kecil kerana sudah 3 kali ianya terpaksa di'rawat' sebelum ini.


Hari Selasa lepas pergi ke sebuah pusat komputer untuk mencari komputer budget untuk mereka bermain. Senang nanti mereka dapat menggunakan CD pendidikan di situ. Alhamdulillah, dapat juga CPU Pentium 4 dengan harga RM440 tanpa monitor. Monitor dan keyboard lama kepunyaan suami yang sudah hampir 4 tahun tidak digunakan masih lagi boleh berfungsi.

Semalam, anak-anak kegirangan kerana dapat bermain komputer, umi pula senang hati kerana laptop itu sudah tidak diganggu lagi, hehehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin