Thursday, September 4

Komputer

Anak-anak selalu menggunakan laptop untuk bermain games komputer. Risau pula laptop itu rosak dengan tangan-tangan kecil kerana sudah 3 kali ianya terpaksa di'rawat' sebelum ini.


Hari Selasa lepas pergi ke sebuah pusat komputer untuk mencari komputer budget untuk mereka bermain. Senang nanti mereka dapat menggunakan CD pendidikan di situ. Alhamdulillah, dapat juga CPU Pentium 4 dengan harga RM440 tanpa monitor. Monitor dan keyboard lama kepunyaan suami yang sudah hampir 4 tahun tidak digunakan masih lagi boleh berfungsi.

Semalam, anak-anak kegirangan kerana dapat bermain komputer, umi pula senang hati kerana laptop itu sudah tidak diganggu lagi, hehehe

2 comments:

  1. betul tu akak.Laptop sensitif. kami pun tgh berkira2 nak belikan anak Pc ni, depa nak laptop, amboi dasyhat tul budak2 zaman la ni. la ni laptop saya n hubby jd mangsanya. anak2 cepat betul bab komputer ni. google search pun dah pandai, pandai taip keyword utk cari bahan mrk nak.ni yg risau, kena pantau pula

    ReplyDelete
  2. hehehe..anak-anak dah besar...pandai cari sendiri apa yg diorang nak. Anak akak yg 3 tahun pun dah pandai click n drag mouse tu...

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin