Hotel Grand Riverview (GRV) bilik Superior adalah tempahan di Asiaroom.com dengan harga RM197.80/night (RM229.45nett). Felda Residence (FR) - Deluxe Riverview pula melalui Agoda.com dengan harga RM170.70/night (RM198nett) serta Vistana (V) juga Deluxe Riverview ditempah melalui hotel itu sendiri dengan harga RM165/night (RM191.40nett) - harga kakitangan kerajaan. Kesemuanya menyediakan sarapan pagi untuk dua orang. (Perbandingan yang dibuat berdasarkan keadaan bilik yang dihuni ketika itu).
Lokasi |
1 |
FR |
|
2 |
V/GRV |
|
|
|
Keluasan |
1 |
GRV |
|
2 |
FR |
|
3 |
V |
|
|
|
Suasana bilik |
1 |
V |
|
2 |
FR |
|
3 |
GRV |
|
|
|
Makanan |
1 |
GRV |
|
2 |
FR |
|
3 |
V |
|
|
|
Nilai wang anda |
1 |
FR |
|
2 |
V |
|
3 |
GRV |
Setiap hotel mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kesemua bilik hotel menyediakan kemudahan wi-fi percuma. Hanya FR menyediakan seterika di dalam bilik hotel. Hotel GRV dan V menyediakannya atas permintaan, tetapi hanya diberikan tempoh beberapa jam saja. Lokasi ketiga-tiga hotel ini di tengah bandar yang berhampiran dengan bank serta tempat makan.
Bilik superior (403) yang kami inap di GRV nampak sedikit usang dengan paper wall yang terkopek dari dinding (boleh dilihat juga di ruang hotel di tingkat 4) dan bath tubnya kurang bersih. Bilik ini tidak mengadap sungai.
Bilik deluxe riverview (903) FR sangat strategik mengadap sungai Terengganu serta Masjid Kristal dapat dilihat dari tingkap bilik. Bilik ini tidak mempunyai bath tub serta hotel ini tidak dilengkapi swimming pool.
Bilik deluxe riverview (638) V pula mengadap sungai kecil. Bilik yang kelihatan baru ini menyediakan tv flat screen besar dan saluran tvnya melebihi 30 saluran! Anak-anak dapatlah menonton rancangan kartun di astro serta mempunyai bath tub yang bersih.
Perbandingan ini hanyalah berdasarkan bilik-bilik yang ditempah. Bilik jenis lain mungkin mempunyai fasiliti yang berlainan. Setakat ini, FR dan V boleh dipertimbangkan jika kunjungan seterusnya ke Kuala Terengganu dan Kuantan di masa akan datang.