بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته
Kali ke-4 selepas genap 7 tahun... (kisah lama). Pantasnya masa berlalu. Harga tiket ferinya masih kekal RM23/dewasa dan RM17/kanak-kanak yang berusia 3-12 tahun dari jeti Kuala Kedah - Langkawi.
Banyak yang sudah berubah terutamanya di bahagian Pantai Cenang, ter'cengang' juga dibuatnya melihat kepesatan pembangunan di pantai itu. Kami menyusuri jalan-jalan kenangan di Pantai Cenang sehingga ke Awana Porto Malai. Night life di Pantai Cenang sangat happening berbanding 7 tahun yang lampau.
Kami menginap di Arif Homestay, Taman Sentosa, Jalan Mata Ayer dengan harga RM300/satu malam bersekali dengan sewa kereta (Altis). Ianya sebuah rumah 1 1/2 tingkat dengan 3 bilik tidur serta 2 bilik air berhampiran . Segala-galanya perancangan saat akhir :) yang tidak bertembung dengan cuti panjang Maulid dan Krismas penghujung Disember lalu.
Kali ini tidak lagi menaiki kereta kabel. Hanya melihat dari kejauhan kereta-kereta kabel pelbagai warna bergerak perlahan melepasi Gunung Mat Chinchang.
Interactive 3D Art Museum
Kami ke sini... yang juga terletak di dalam kawasan Oriental Village berhampiran SkyCab.
Dibuka dari jam 9pg - 6ptg. Tiketnya berharga:
Dibuka dari jam 9pg - 6ptg. Tiketnya berharga:
Terpegun dengan hasil-hasil tangan manusia yang terlukis di dinding dan lantai, ilham dan bakat yang dikurniakan oleh Allah.
Aquarium Zone
Safari Zone
Interactive Zone
Fantasy Zone
Main Hall Zone
Malaysia Zone
Island Hopping
Pakej Island Hopping ini diambil dari Tour Agency yang beroperasi di sekitar Pantai Cenang dengan bayaran RM30/dewasa dan RM20/kanak-kanak untuk Pakej 3 pulau, Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Beras Basah.
Ramai juga pengunjung ketika itu walaupun ianya bukan waktu puncak cuti sekolah. Berlumba-lumba bot yang membawa pelancong di laut dan sesekali pemandu bot sengaja melanggar alunan ombak yang terhasil dari bot lain menyebabkan bot kecil melambung-lambung, bergetar jantung dan perut dibuatnya, seperti mahu terkeluar isi perut! But.. it was fun... pastikan jaket keselamatan diikat sempurna, bimbang juga dibuatnya.
Tasik Dayang Bunting (1 jam)
Termengah juga perlu memanjat tangga yang berbukit sebelum tiba ke Tasik Dayang Bunting, lemah lutut kerana tidak membuat aktiviti regangan sebelumnya...
Pelbagai aktiviti yang boleh dibuat, berkayak, bot kayuh serta mandi-manda.
Awal-awal lagi, pakcik-pakcik bot sudah menasihati agar tidak membawa sebarang bungkusan plastik kerana monyet-monyet ini akan merampas bungkusan plastik yang disangka mempunyai makanan.
Tasik Dayang Bunting (1 jam)
Termengah juga perlu memanjat tangga yang berbukit sebelum tiba ke Tasik Dayang Bunting, lemah lutut kerana tidak membuat aktiviti regangan sebelumnya...
maklumat tentang pergerakan tanah di pulau itu |
Tasik dari pemandangan atas |
Pelbagai aktiviti yang boleh dibuat, berkayak, bot kayuh serta mandi-manda.
kolam cetek untuk kanak-kanak |
aktiviti rendam kaki |
Awal-awal lagi, pakcik-pakcik bot sudah menasihati agar tidak membawa sebarang bungkusan plastik kerana monyet-monyet ini akan merampas bungkusan plastik yang disangka mempunyai makanan.
hati-hati dengan mereka, menanti bungkusan untuk dirampas! |
Pulau Singa Besar (30 - 45 min)
Di pulau ini, pelbagai jenis helang akan menghampiri permukaan laut untuk menangkap ikan.
Pulau Beras Basah (1 jam)
Pantai yang bersih, cantik dengan air yang jernih.
Pengalaman island hopping yang mengujakan. Perancangan jika berkesempatan untuk berkunjung ke Langkawi lagi adalah Mangrove Tour.
Buffalo Park
Pernah dipaparkan di dalam sebuah dokumentari mengenai pembuatan keju susu kerbau. Kebetulan terpandang papan tanda di tepi jalan, jadi terus ke sini pada petang hari, namun atas kesuntukan masa, ianya hanya lawatan yang singkat. Sempat merasa aiskrim susu kerbau yang rasanya tidak jauh berbeza dengan aiskrim biasa.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?