بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته
peta asal dari web ini... (klik untuk besarkan imej) |
Lamanya entri ini tertangguh... baru berkesempatan untuk mencoretkan perincian setiap lokasi yang dikunjungi.
Tugu-tugu (obelisk) yang terletak di perkarangan Masjid Biru ini adalah kesan peninggalan tamaddun Rom.
Serpent Column
Pada asalnya dibina di hadapan Temple of Apollo di Delphi setinggi 8 meter dengan lilitan 3 ekor ular. Tiang yang dapat dilihat sekarang adalah setinggi 5 1/2 meter sahaja tanpa kepala ular.
Obelisk of Theodosius
Juga dikenali sebagai Egyptian Obelisk pada asalnya dibina oleh Tutmoses III pada kurun ke-18 dinasti Mesir. Ianya dibawa dari Mesir ke Rom dan ketika pemerintahan Theodosius I ianya ditegakkan di tempatnya yang sekarang ini. Ketinggiannya 19.59 meter hanyalah 2/3 dari ketinggian asalnya. Lukisan yang terdapat di tiang adalah lukisan Greek dan Latin kuno.

lukisan di tiang |
wajah-wajah di batu asas tiang |
The Column of Constantine
Dibina oleh Maharaja Constantine Porphyrogenitus pada abad ke-10 di Hipoodrome of Constantine (sekarang ini dikenali sebagai Sultanahmet Square). Ianya juga dikenali sebagai Walled Obelisk.
-bsersambung-
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?