بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته
Alhamdulillah... diberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk mengembara ke kota Byzantine @ Kota Constantinople @ Islambol @ Istanbul, kota bersejarah yang sinonim dengan kegemilangan Empayar Uthmaniyah itu. Ianya kembara 2 dalam 1 untuk menghadiri persidangan ilmiah serta menjejak kota warisan empayar Islam yang terkenal itu.
Untuk pemegang biasiswa dari Kementerian Pelajaran Malaysia, kesempatan diberikan untuk membentangkan kertas kerja sekali dengan pembiayaan penuh di luar negara sepanjang pengajian.
Untuk pemegang biasiswa, permohonan dibuat 4 bulan sebelum menghadiri persidangan:
- Isi maklumat di http://esp.mohe.gov.my/ bahagian Pemantauan > Permohonan Kemudahan PhD > Pemohon > Menghadiri Persidangan Untuk Membentangkan Kertas Kerja -Borang A1 dan muatnaik dokumen sokongan yang diperlukan.
- Untuk yang masih terikat dengan majikan, seperti saya (UiTM), isi maklumat di dalam borang yang boleh diperolehi di http://canseleri.uitm.edu.my/muat-turun.html - Borang keluar negara (rasmi) bersama dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar ke Canselori UiTM sebagai makluman kepada majikan.
- Sebagai pelajar, kebenaran dari institusi pengajian juga perlu. Untuk pelajar USM, isikan borang yang boleh diperolehi di http://www.ips.usm.my/index.php/current-students/student-affairs dan dihantar bersama dokumen yang diperlukan ke Bangunan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar.
Kesemua borang ini boleh diisi setelah abstrak kertas kerja diterima oleh sekretariat persidangan.
Segala urusan yuran persidangan, perjalanan dan penginapan, perlu diuruskan sendiri dan pembayaran balik akan dibuat selepas kembali dari persidangan.
Senarai semak
Tiket
kapalterbang þ
Slip
tempahan hotel þ
Slip
tempahan shuttle þ
Surat
kelulusan Kementerian þ
(mengandungi
telefon kedutaan, jika kecemasan)
Kesemua urusan tempahan hotel, shuttle untuk ke tempat penginapan telah dibuat secara online seawal mungkin untuk memudahkan perjalanan. Pertukaran wang ke Euro dibuat di Malaysia, dan pertukaran ke Turkish Lira (TL) dibuat di merata money changer sekitar Sultanahmet, Istanbul.
Ianya kembara yang sedikit mencabar di awal perjalanan akibat masalah teknikal yang dihadapi oleh MAS. Segala perancangan awal perjalanan ke Istanbul dengan penerbangan Emirates menjadi kacau-bilau disebabkan masalah teknikal ini. Semalaman tidak tidur berada di KLIA menguruskan penerbangan ke Istanbul dan akhirnya check in di 'Dubai' Putrajaya - Marriot Hotel Putrajaya menjelang subuh! :D Ianya tajaan sepenuhnya dari pihak MAS. Merasalah menginap di hotel 5 bintang secara percuma! :D Jadual penerbangan awal dengan Emirates dengan transit di Dubai sebelum meneruskan perjalanan ke Istanbul telah bertukar ke Turkish Airlines, penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Istanbul yang harga sehalanya saja mencecah 75% dari harga tiket dua hala yang ditempah.
Ianya 'percutian' yang tidak diduga, kami menghabiskan masa di dalam hotel sahaja 'menikmati' sepuas-puasnya penginapan percuma yang diperolehi.
Ianya qada' dan qadar yang telah termaktub di Luh Mahfuz. Redhalah, InshaaAllah hati akan menjadi tenang. Ada hikmah di sebalik semua kejadian. Hanya Dia yang Maha Mengetahui. Pengalaman yang amat bermakna di dalam hidup.
Ahli keluarga berlawak mengatakan ianya 'Dubai' Putrajaya |
2 bilik connected untuk kami berempat :D |
makan tengahari diiringi nyanyian dari kumpulan muzik hotel |
Ianya 'percutian' yang tidak diduga, kami menghabiskan masa di dalam hotel sahaja 'menikmati' sepuas-puasnya penginapan percuma yang diperolehi.
Ianya qada' dan qadar yang telah termaktub di Luh Mahfuz. Redhalah, InshaaAllah hati akan menjadi tenang. Ada hikmah di sebalik semua kejadian. Hanya Dia yang Maha Mengetahui. Pengalaman yang amat bermakna di dalam hidup.
- bersambung -
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?