Monday, September 29

Ronda-ronda pulau

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.

Lost in my own state... :D Anak jati Pulau Pinang katanya.. ops...anak jati Seberang Perai lebih tepatnya.  Jarang sekali kunjungan ke bahagian'pulau' atau lebih dikenali dengan Tanjung di kalangan anak Pulau Pinang.  Lokasi Street apa, jangan ditanya pada saya... :) ianya bukanlah kepakaran saya. Jika di bahagian Seberang Perai tengah dan utara inshaaAllah...bolehlah juga tahu lokasinya. Seberang Perai selatan juga bukan 'wilayah taklukan' saya kecuali USM transkrian di Nibong Tebal :D

Bercerita tentang kunjungan ke Tanjung ini, saya mempunyai kisah lucu yang masih saya ingati sehingga kini. Memandu ke pulau bukanlah pilihan saya... hanya kerana terpaksa saya memandu ke USM Mindem selama lebih kurang 3 tahun kerana mengikuti pengajian sarjana secara separuh masa. Itupun strictly ke USM dan balik ke rumah...ya, saya buta jalan...bolehlah dikatakan begitu.  Di tahun pertama pengajian, ketika USM mengadakan konvokesyennya, jalan pulang yang selalu digunakan ditutup menjadi laluan sehala. Seperti kucing yang sudah dipotong misainya, saya hilang sense of direction untuk mencari jalan menghala ke jambatan Pulau Pinang :D huh kemana halanya saya tuju selepas memandu keluar dari pintu belakang USM. Dengan 'gps' suami melalui telefon, berjumpalah saya dengan jalan yang biasa dilalui. Ketika itu masih tiada segala gps atau waze dan seangkatan dengannya, hanya berpandukan gps di dalam kepala! :) itu kisah 8 tahun lalu.

Baru-baru ini saya mengusulkan cadangan untuk meronda di sekitar Tanjung.  Selesai riadah bowling di Sunshine Square, singgah bersolat zohor di Masjid Bayan Baru. Niat di hati ingin merasai mee tarik di MCR - muslim chinese restaurant - tidak kesampaian kerana waktu operasinya dari 11.30pg (jika tak silap) sehingga 2.30ptg dan bermula semula jam 5.30ptg.  Kami tiba jam 2, sempat kah? Akhirnya kami ke pantai Seagate menikmati nasi campur di salah satu gerai yang ada di medan selera.

Gaya seorang juara... dari belakang :D

pemandangan pantai Seagate

Agak sukar mencari tempat meletak kereta di kawasan persekitaran Masjid Kapitan Keling.  Berkali-kali 'tawaf' untuk mendapat ruang kosong.  Kami berjalan kaki di sekitar Armenian Street yang terkenal dengan street artnya, tetapi lukisan-lukisannya tidak lagi cantik kemungkinan besar akibat  proses hakisan dari keadaan cuaca yang tidak menentu.  Tujuan sebenar ke muzium 3D tidak menjadi kerana kami 'sesat' di sekitar jalan di situ :D (next trip InshaaAllah)

masjid Lebuh Acheh



Bersolat asar di Masjid Kapitan Keling.  Masjidnya kini lebih bersih berbanding kunjungan terdahulu.



Makan petang di Kapitan berhampiran masjid.

Mixed Kebab

Tandoori Nan

Kisah setengah hari bercuti di negeri sendiri.  Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin