Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.
Pengakhiran siri JJMK Ramadhan pada 3 Ogos 2013 bertempat di Kuala Krai, Kelantan. Peserta konvoi tidak seramai JJMK di Baling dan Kulim tempohari, hanya 10 buah kereta pelbagai jenis, menjadikan siri ini sesi suai-kenal antara satu sama lain. Perjalanan kami meredah banjaran bermula seawal jam 6.45 pagi. Cuaca pagi 25 Ramadhan sangat nyaman. JJMK 'syif petang' bermula selepas zohor.
|
pemandangan di RnR Titiwangsa |
|
sumbangan untuk 30 keluarga |
|
bacaan doa oleh tuan Sidi (berkopiah) |
Perhentian 1 - Kg Takel Luar, Labok
|
Ambo dapat duit raya.. |
|
rumah keluarga Zamri |
Rumah ini dibuat sendiri oleh tuan rumah - seorang buruh kampung yang beranak 8 ini yang berpendapatan RM500. Dari struktur asasnya tidak dapat dipastikan kekukuhannya. Inilah rumah sementara mereka yang masih berlantaikan tanah.
|
'nasi lemak' mainan anak-anak mereka |
|
deretan kereta konvoi |
Center 1 - Kg. Dalam Huma, Labok
Lima orang penerima di kampung ini rata-ratanya NGO (Noreh getah orang) dan pekerja kampung. Antara wajah kemiskinan keluarga ini dapat dilihat dengan kedaifan rumah mereka.
Rumah ini yang menjadi teduhan bagi encik Mustafa yang mengidap barah daging di bahagian kaki sehingga ke peha.
|
Orang kuat WK menyampaikan sumbangan kepada encik Mustafa |
Center 2 - Kg Berangan Mek Nab, Machang
Di kampung ini, kami dipertemukan dengan keluarga yang walaupun hidup di dalam serba sederhana tetapi kaya dengan anak - 14 orang kesemuanya dengan yang bongsu berusia 3 bulan. Rezeki Allah buat mereka. Ada yang kaya dari nilai wang ringgit, tetapi tidak dianugerahkan dengan rezeki anak. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
Center 3 - Kg Sg Embak, Kuala Krai
Kasih seorang ibu membawa ke syurga. Nik Som ini membawa anak lelakinya yang down syndrome ke mana saja beliau pergi - untuk menoreh serta menjual getah.
|
titi kecil di belakang rumah Nik Som yang menjadi laluan utama dari rumah di seberang sungai |
Perhentian 2 - Sungai Durian, Kuala Krai
|
kak Ros, orang kuat WK Kelantan menyampaikan sumbangan kepada Puan Fatimah - berbaju kuning |
Ibu tunggal anak 6 ini dikurniakan dengan anak-anak yang cemerlang di dalam bidang akademik. Ibu cekal ini mengambil upah menjahit untuk menyara hidup mereka anak beranak. Anak yang pertama di USM dan anak yang kedua mendapat tawaran di USIM di dalam bidang Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat dengan kepujian dan bakal mendaftar September ini. Bayaran penuh pendaftaran sahaja hampir mencecah RM2K. Mudah-mudahan keluarga ini dimudahkan urusan untuk mendapat sejumlah wang untuk kemasukan anaknya nanti. Sebelum kami melangkah pergi, ibu puan Fatimah memeluk saya dan berkali-kali mencium pipi saya, sangat-sangat berterima kasih dengan sumbangan yang diberikan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menghulurkan sumbangan biarpun kami hanya menyampaikan saja, tetapi kepuasannya tetap ada melihat penerima sumbangan begitu gembira dengan apa yang diterima.
|
naik bukit turun bukit kami dibawa pada petang itu |
Center 5 - Kampung Batu Mengkebang, Kuala Krai
Di sebalik senyuman ibu 6 anak ini, rupa-rupanya tersimpan 'rahsia' bahawa mereka sudah kehabisan beras sejak tiga hari lalu (sewaktu JJMK). Suasana menjadi hening seketika apabila dengan tiba-tiba dia menangis terharu ketika menerima duit sumbangan fidyah, zakat dan duit raya. Beliau mengalami komplikasi saraf (kadang-kadang boleh bergerak) dan tidak cukup dengan ujian itu, anak ke-5 juga menghidap penyakit jantung berlubang. Tanpa kewangan yang mencukupi, rawatan di hospital terpaksa dihentikan. Bekalan elektrik rumahnya yang sebelum ini dipotong sudah disambung semula hasil dari sumbangan wang yang diterima.
Center 4 - Kg Batu Balai, Kuala Krai
Penerima terakhir sebelum kami menamatkan sesi JJMK Ramadhan bersama peserta konvoi yang lain. Tiga keluarga penerima sumbangan ini berpendapatan kurang dari RM700/sebulan.
|
playgym baby antara barang sumbangan |
Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat menceriakan anak-anak ini...
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?