Kelantan.... 2 Jun 2013.
Perancangan saat akhir, lagi seminggu acaranya, baru meng'gagau' mencari tempat penginapan. Sahih lah di merata tempat fully booked. Sudah bersedia untuk berkhemah di Pantai Bachok... :D *tipu saja* Seharian mencari homestay, yang bajet untuk keluarga kecil seperti kami semuanya sudah ditempah awal :( Akhirnya, berjaya menempah di Hotel Raudah, di tengah bandar Kota Bharu. Oklah untuk hotel bajet, biliknya ok, Alhamdulillah...triple deluxe dengan harga RM155. Sarapan pagi untuk anak di bawah 12 tahun adalah percuma, tetapi usah diharapkan menu seperti di hotel mewah lah ye, sekadar untuk memenuhkan perut di waktu pagi sebelum meronda, ok saja bagi kami.
Kami sudah bersedia awal pagi, tiba di masjid tempat berkumpul seawal jam 8.30 pagi... tunggu-tunggu dan menunggu sehingga jam 9.00 pagi, kelibat satu kereta peserta konvoi masih tidak kelihatan. Rupa-rupanya, masjid yang bernama sama, di lokasi yang berlainan! Itulah penangan GPS! Masjid Sultan Ismail Petra di PCB, tetapi dibawa kami ke masjid di Kubang Kerian. Mana kutahu.... :D
Sampainya kami di masjid, semua peserta sedang bersarapan pagi. Ini bungkusan istimewa dari kenalan baru di KB... nasi kerabu...terima kasih kak Rosminah, sedap....
Acara seterusnya, berkonvoi ke rumah penerima sumbangan yang berjumlah 12 keluarga kesemuanya bertempat di Kg Banggol, Pulau Kundur di Pantai Cahaya Bulan serta perkampungan di Bachok. Rata-rata keluarga yang kami ziarahi mempunyai anak yang ramai tetapi ada juga yang terpaksa berhenti belajar di pertengahan jalan untuk bekerja demi menampung adik-adik yang masih bersekolah. Apabila hidup dihimpit kemiskinan, inilah yang mampu mereka lakukan.
|
penggali kubur yang menyara 7 anak (dua antaranya OKU). Rumah sedang dibaiki dengan bantuan dari pegawai daerah |
Pasangan ini mendapat bantuan dari JKM sebanyak RM300/sebulan. Pak Mat tidak bekerja kerana buta dan diserang stroke serta berpenyakit jantung.
|
pasangan wargaemas yang tidak mempunyai anak |
Bapa anak ini sudah 4 tahun menghilangkan diri meninggalkan ibunya dan 8 orang saudaranya yang lain. Abang-abang yang ke-2 dan ke-3 terpaksa menangguhkan pengajian untuk bekerja demi membantu persekolahan adik-adik.
|
Anak-anak di Pulau Kundur |
|
wajah ceria mendapat goodies dan mainan |
Walaupun dalam serba kekurangan, penerima sumbangan ini tetap meraikan kami sebagai tetamu mereka. Berkali-kali disuruhnya kami meminum air tuak (air nira nipah). Bersusah payah saya menelan air nira tersebut demi menghormati tuan rumah yang menjamu :-$ :D
|
dapur seperti ketika saya kecil dahulu |
|
apa yang dibawa balik itu? |
Jelajah ini menjadi lancar dengan bantuan dari abe marshall yang jawatan sebenarnya ialah pegawai IT di Kuala Lumpur ini :)
|
marshall yang memastikan konvoi 9 kereta berjalan lancar |
|
antara titi kecil yang kami lalui, hanya satu kenderaan dalam satu masa... |
|
apabila berjumpa laut... berlatar belakangkan Pulau Perhentian |
Mak Su Kalsom, guru mengaji Al-Quran beriya ingin menghidangkan air kepada kami. Akhirnya dia mengeluarkan timun cina (tembikai) ini untuk kami.
Apa yang saya perhatikan sepanjang jelajah ini, hampir ke semua penerima sumbangan menawarkan untuk menyediakan air kepada kami. Walaupun serba kekurangan, budaya menyantuni tetamu sangat tinggi di kalangan mereka.
|
sesi rawatan ringkas untuk anak Mak Su |
|
rumah anak perempuan Mak Su yang mempunyai 10 anak |
|
perjalanan menyusuri pantai |
Biarpun serba kekurangan, keluarga ini memiliki anak yang mendapat 5A di dalam UPSR yang lalu. Kini anak itu bersekolah menengah biasa. Harapan saya agar anak ini mendapat bantuan yang sewajarnya untuk meneruskan prestasi cemerlangnya di dalam pelajaran.
|
peserta di rumah terakhir penerima |
|
berlatarbelakangkan pantai |
Selepas itu? Acara makan-makan di rumah adik abe marshall. Walaupun ada yang pertama kali menyertai program ini, kemesraan seperti sudah kenal lama.
|
meja penuh hidangan, laksa Penang, laksam, rojak dan manisan |
|
butir nangka? |
|
sagu |
|
laksam |
Inilah yang diusung di dalam guni di dalam gambar - lokan. Dibeli dari penerima sumbangan.
|
bbq lokan - pertama kali saya merasanya |
Adik siap tapaukan beberapa keping lokan ini untuk dibawa balik ke bilik hotel. Aduhai adik... asyik makan saja... =))
Alhamdulillah....
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?