Tuesday, June 25

Kisah pokok durian di MTBH

Tarikh : 22 Jun 2013 (14 Sya'ban 1434)
Lokasi : Maahad Tahfiz Baitul Hikmah (MTBH), Padang Serai

Konvoi dari rakan-rakan sejabatan FSKM ber'kampung' selama 1/2 hari di MTBH ini.  Saya hanya 'menempek' di saat akhir. 

laluan masuk ke MTBH

Alhamdulillah, syukur ke hadratNya kerana memberikan kesempatan masa dan ruang untuk kami memberikan khidmat yang sedikit di tempat yang diberkati Allah ini.


peserta FSKM bersama AJK MTBH

antara rakan sejabatan

Sebelum bergotong-royong, kami bergotong-royong makan dahulu :) Kami diperdengarkan dengan bacaan ayat Quran oleh dua orang anak tahfiz yang masih kecil.  Sebagai menghormati permintaan  ustaz yang memohon supaya gambar-gambar anak-anak tahfiz ini tidak disebarkan, saya hanya memuatkan gambar-gambar aktiviti kami sahaja.  Katanya, ada yang menyalahgunakan gambar anak-anak tahfiz untuk mengutip derma untuk kepentingan peribadi. 

ini yang menanti kami

banyak lagi... :D

sesi mengutip durian

Menurut ustaz, ada sebatang pokok durian yang tidak pernah berbuah sebelum tahfiz ini ditubuhkan pada Februari 2013.  Pelbagai cara dilakukan supaya pokok ini berbuah sehinggalah hampir ditebang, tetapi setelah anak-anak tahfiz ini memulakan pengajian mereka dan mengaji berhampiran dengan pokok durian itu, akhirnya pokok itu mengeluarkan buahnya.  Subhanallah... berkat ayat-ayat Quran yang dibaca berhampiran dengannya...

buah setoi

Penghuni MTBH sangat mengalu-alukan kedatangan kami, buktinya, ini yang dikutip lagi selepas longgokan yang pertama.   

ada lagi yang baru dikutip

Dan ada yang tolong mengopeknya... apalagi... bergotong-royong makanlah kita...



dipadankan dengan ini

Durian yang ditanam terdiri dari pelbagai jenis... antaranya...

edisi terhad....sedapnya....

Perut kenyang, hati riang untuk memulakan gotong-royong...

wakil FSKM menyampaikan sumbangan mesin rumput

Alhamdulillah, sejumlah besar RM berjaya dikumpulkan hasil sumbangan warga UiTM tidak kira pelajar dan juga kakitangan sehingga dapat merealisasikan pembinaan pagar serta pembelian mesin rumput itu.  Tahniah seluruh warga UiTM P.Pinang.  Inilah 'harta' dan urusniaga yang berkekalan dan menjadi bekalan ke Sana kelak ketika tiada apa yang dapat membantu kita kecuali amal jariah yang telah disumbangkan.

penyerahan wang sumbangan UiTM

hidupan enjin pertama Alhamdulillah...

potongan pertama

Ustaz FSKM bersama ustaz MTBH

Kaum adam FSKM yang beberapa orang itu dengan aktiviti memasang pagar zink....

empat orang mengangkat sekeping zink? :D

pemasangan pagar in progress

pagar yang menutup kediaman dan tempat belajar anak-anak tahfiz

hampir siap

Ada yang ditugaskan mengecat minyak wakaf ini

mengecat wakaf

Yang di dapur, memotong dan memasak

gotong-royong memasak


sedapnya bau.... :)

Sebelum makan tengahari, tazkirah berkisar Sya'ban disampaikan oleh Ustaz Zul.



Banyaknya menu, tidak tahu memilih yang mana untuk makan

Acara makan

Sesi terakhir...

Sumbangan tuala untuk anak-anak tahfiz

Ustaz berharap ini bukannya kali pertama dan terakhir untuk kami beraktiviti bersama mereka.  InshaaAllah ustaz, ada masa dan kelapangan kami berkampung lagi.  Terima kasih di atas layanan yang memuaskan dari ustaz dan warga MTBH... yang sepatutnya diraikan oleh pihak kami, tetapi sebaliknya.  Ampun dan maaf dari kami yang membuat kecoh di MTBH yang selama ini sunyi dan damai dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan kicauan burung yang riang menyanyi :)

1 comment:

  1. Salam akak,sy mohon nk share blog yg aktiviti uitm ni d fb mtbh boleh?

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin