Wednesday, May 29

Kenangan ber..JJMK

Jelajah JJMK yang lalu ada yang masih berbekas di hati saya.  Sememangnya setiap siri jelajah, tercatat keistimewaannya yang tersendiri, bukan bermakna yang lain-lainnya tidak meninggalkan kesan, tetapi, ada yang lebih menonjol.  Ada juga siri JJMK yang tidak disertai kerana mempunyai hal lain yang tidak dapat dielakkan.

JJMK 1 - 5 September 2010 (26 Ramadhan 1431H)

Kali pertama JJMK yang disertai menemukan saya dengan seorang insan tua yang istimewa, Mak Lang.  Sehingga kini masih terkenang-kenang wajah tenang Mak Lang yang tidak lekang dengan senyuman itu.  Siapa sangka, itulah kali pertama dan terakhir saya berpeluang bertemu Mak Lang kerana beliau dijemput kembali ke pangkuan Allah Ramadhan pada tahun berikutnya.



JJMK 2 - 20 Ogos 2011 (20 Ramadhan 1432H)

Jelajah separuh jalan kerana ada hal lain di sebelah petangnya.  Semua rumah yang dikunjungi di dalam keadaan daif yang lebih menyerupai pondok.  Keadaan ibu tunggal yang masih muda yang baru kehilangan suami agak menjentik hati kecil saya.    



JJMK 3 - 4 Ogos 2012 (16 Ramadhan 1433 H)

Air mata saya tertumpah di sini melihat rumah yang hanya berdindingkan zink dan berlantaikan tanah! :(  Di ruang sempit itulah mereka berehat, tidur, memasak dan makan.



JJMK 4 - Sumbangan persekolahan - 16 Disember 2012 

Menyampaikan sumbangan di dalam hujan lebat :)



JJMK 5 - Nelayan - 9 Februari 2013

Layanan dari hos di Kemaman, Terengganu tidak dapat dilupakan, terutamanya kepok (keropok) Terengganu asli yang sedap :)  Hmmm...teringat-ingat keropok lekor segar itu yang tiada tandingan di tempat lain.  Kena ke sana lagi lah nampaknya untuk menikmati keropok lekor asli itu he he he :D Istimewanya, menikmati hidangan tengahari dengan iringan qasidah oleh adik-adik tahfiz.





JJMK 6 - Hari buruh - 18 Mei 2013


Hiruk-pikuk merentasi ladang getah sejauh 1km untuk tiba ke rumah penerima sumbangan.  Tidak merungut tetapi lebih kepada terhibur kerana jarang-jarang dapat merasa peluang begini! :D



Saya berharap dapat menyertai lagi jelajah untuk menyantuni keluarga yang kurang bernasib baik untuk mendidik hati supaya qana'ah (cukup) dengan apa yang ada kerana kehidupan dunia ini hanyalah sebagai transit @ ladang untuk menanam amal sebelum dapat dituai di akhirat nanti.  

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin