Subhanallah, Alhamdulillah… perjalanan jjmk pada hari Sabtu,18 Mei berjalan lancar dengan kecekapan marshall yang terlatih yang mengiringi perjalanan kali ini.
|
telekung wakaf sumbangan rakan-rakan seorang sahabat |
|
periuk cerek yang dibeli dari sumbangan rakan-rakan sejabatan |
|
penuh bonet dengan barangan makanan serta periuk cerek hasil sumbangan rakan-rakan sejabatan |
Penyertaan kali ini, saya mendapat kenalan dari kalangan isteri
aktivitis WK serta ahli keluarga mereka.
Bersembang sakan, tetapi lupa bertanyakan nama! :D InshaaAllah, nanti di kesempatan lain,
jika panjang umur, kita bertukar nama.
|
masing-masing tahu peranan, tidak perlu diarah dan disuruh |
|
kita makan dahulu sebelum bergerak |
|
Rektor UiTM P.Pinang dan stafnya |
|
longgokan hasil sumbangan dari pelbagai pihak |
|
barisan antara 53 kereta konvoi |
|
'thumbs up' untuk abang-abang marshall yang cekap |
|
saujana mata memandang |
Kesimpulan
ringkas dari jelajah kali ini:
- Masih
ada rakyat yang tidak dapat berlindung di rumah milik sendiri/sewa sendiri. Mereka terpaksa mengharapkan ehsan orang lain
serta tidak menggunakan letrik dan air paip. Sumber air untuk minum/makan
mereka adalah tadahan air hujan serta air mandi/basuhan mereka adalah dari
telaga yang keruh airnya.
- Masih
ada rakyat yang memasak menggunakan dapur kayu untuk memasak makanan mereka.
- Masih
ada rakyat yang tidak mendapat makanan yang cukup apatah lagi makanan mewah
kerana pendapatan mereka hanyalah sekitar RM500/bulan atau kurang dan ada yang mengharap
bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan tanggungan keluarga yang
memerlukan lebih RM berbanding apa yang mereka perolehi setiap bulan.
- Masih
ada rakyat yang tidak mempunyai kenderaan hatta basikal cabok untuk bergerak ke
sana ke mari tetapi mereka dikurniakan kudrat serta kaki untuk menapak demi
sesuap nasi.
- Pendidikan tidak formal anak-anak saya tentang hakikat memberi
- Platform pertemuan peserta dari pelbagai latar belakang kehidupan, pekerjaan, umur, ideologi politik dan juga pendidikan. Perbezaan pangkat tiada di dalam istilah peserta konvoi, semuanya bersama mengangkut barang dan memikul beras
- Susunan program yang teratur oleh AJK WK, route perjalanan serta kecekapan pihak marshall menjadikan konvoi ini berjalan lancar
Nampaknya
kesimpulan yang tidak lagi ringkas :)
|
asam keping yang menjadi sumber pendapatan |
Apa
yang tersirat di dalam kehidupan mereka yang serba kekurangan ini tidak dapat
disingkap hanya dengan beberapa minit sekali ziarah ini. Para AJK yang telah bersusah payah
mengenalpasti keluarga-keluarga ini pastinya lebih mengetahui kisah perjalanan
hidup mereka.
|
asyik membelek majalah kanak-kanak yang disumbangkan... |
Hanya
yang melihat dapat menyelami kekurangan hidup mereka, namun, berat mata
memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Jika berkesempatan, marilah kita jengok saudara-saudara kita yang masih
tidak bernasib baik ini, sedikit sebanyak memberikan mereka sedikit semangat apabile melihat masih ada yang perihatin dengan nasib mereka. Usah diandaikan mereka ini tidak berusaha, namun, apalah daya mereka dengan kudrat dan ilmu yang terbatas, mereka masih terjerat di dalam kancah kemiskinan yang entah bila penghujungnya. Generasi anak-anak juga masih tidak diketahui nasib mereka, adakah dapat keluar dari kepompong ini atau berterusan mewarisi kemiskinan ibu ayah nenek mereka. Allahu a’lam (Hanya Allah yang Mengetahui) :(
|
bagaimana nasib anak ini nanti? |
|
simbolik penyerahan sumbangan oleh tuan rektor UiTM (di sisinya berbaju merah, timb. rektor) |
|
laluan selorong yang kami tempuhi untuk ke destinasi seterusnya |
|
seronok melihat sambutan yang sebegini meriah |
|
mak cik bertongkat ini menghuni rumah yang dhaif tiada tandas |
|
ladang kelapa sawit menjadi saksi tempat letak kereta |
Sekurang-kurangnya bagi saya, sisi pandang tentang kehidupan ini sedikit berubah sejak pertama kali mengikuti aktiviti ini pada September 2010. Dan selepas itu, pasti aktiviti ini dimasukkan ke dalam agenda aktiviti kami sekeluarga jika berkelapangan. Saya pasti, peserta-peserta lain juga mempunyai pandangan yang sama dengan saya melihat dari respons mereka di fb. Melihat melalui gambar tidak sama dengan realiti. Itulah yang boleh saya simpulkan. Setiap siri jelajah ada keistimewaannya yang tersendiri, kali ini, pengalaman 'ladang getah trekking' dengan meniti titi kecil yang usang pastinya terpahat di ramai ingatan para peserta ;)
Kami bertrekking sejauh hampir 1km untuk menziarahi rumah Pak Su Mat di kg Sg Setar.
|
generasi pelapis |
|
jom kita jungle trekking |
|
Awas! pijak betul-betul |
|
'rumah' pak su mat yang merupakan stor kelapa sawit |
|
diharapkan sedikit sumbangan ini dapat mengembirakan keluarga pak su mat |
|
peserta konvoi |
|
kasihan mak su yang penat baru balik dari membeli nasi lemak dan teh ais (yang sudah cair) di'tangkap' oleh saya untuk menyampaikan sumbangan wakaf (bukti kepada pemberi sumbangan). Peluh membasahi mukanya yang kepenatan |
|
inilah telaga mandi/basuhan keluarga pak su mat |
|
adik teruja melintas titi kayu |
|
saya sendiri pun terkial-kial menyeberangi titi kecil ini |
|
susu getah ini menjadi sumber pendapatan bagi penduduk kampung |
|
masing-masing berbaris dengan sukarela untuk mengangkut barang sumbangan dari kereta ke rumah penerima |
|
1, 2, 3, .... eh... banyaknya :) |
|
buah pinang, antara sumber pendapatan penduduk kampung |
|
Penerima sumbangan - bekas tentera, penghuni rumah kecil berbumbung tikar getah berlantaikan tanah |
|
gosip kaum ibu |
|
gosip anak-anak |
|
Cik doktor perubatan yang turut serta menyampaikan sumbangan |
|
rumah berbumbung tikar getah |
|
gerai jualan bekas tentera ini |
|
makan 'time' |
|
Timb. rektor UiTM menyampaikan sumbangan |
|
ibu tunggal yang baru kehilangan suami dua bulan lalu |
|
bagi sesetengah kita, mungkin longgokan barang penuh troley sekali beli di pasaraya ini tiada apa-apa significant tetapi bagi penerima sumbangan, ini merupakan rahmat besar buat mereka |
|
kak ros dari kelantan menyampaikan sumbangan |
|
lihat betapa terujanya penerima sumbangan ini melihat barang miliknya |
Di penghujung perjalanan, ini yang menanti kami - jeram Lata Rambong. Apa lagi, setelah penat seharian mengukur jalan, inilah masanya untuk berehat.
|
tidak mandi... |
|
'river crossing'... cool |
|
kami! |
Terima kasih pihak penganjur, terima kasih tukang sponsor makanan pagi, tengahari dan petang, terima kasih teman-teman baru yang ditemui ketika konvoi ini, kenangan ini akan tersemat kemas di dalam lipatan memori selagi hayat dikandung badan, InshaaAllah.
Assalammualaikum Ilah, :) Just wanted to say thank you for posting this blog. At least I can read up on all the action during the last JJMK.. :) Terharu sangat, especially melihat how humble the house where the ex-soldier lives. Dia meniaga makanan ke? Semoga Allah murahkan rezeki mereka sekeluarga... amin!
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Ye, dia buka kedai makan,dari info yang dapat, dia meniaga bihun sup, RM1 saja. Orang kampung mana mampu mahal-mahal. Aamiin...
Delete2010..dah banyak kali hang join..aku baru dapat sekali... jeles nih...
ReplyDeletebukan apa..ini pelajaran utk anak2 yg tak ada dlm buku atau internet... alami sendiri. rasa nikmatnya..rasa lazatnya..rasa kebaikan...Alamak..macam lagu dutch lady la pulak...
Termasuk yang baru lepas, 6 kali. Ada jugak yang tak boleh pi. Betul tu, pendidikan informal anak-anak di luar bilik darjah. Yang pertama jjmk itulah bertemu dengan mak lang, kali pertama dan terakhir :(
Delete