Wednesday, May 15

Di celah-celah kehidupan

Ini antara secebis kisah rakyat marhaen yang masih berada di bawah paras kemiskinan.  Tidak perlu menuding jari pada sesiapa @ pihak mana yang bertanggungjawab, tetapi lihatlah kepada diri sendiri apa yang telah kita buat untuk membantu sesama umat.  Di akhir nanti, yang akan ditanya adalah apa sumbangan/ikhtiar/usaha kita untuk membantu sesama insan.  

Jika ingin 'mengintai' kisah kehidupan mereka yang kurang bernasib baik dari segi ekonomi ini, moh/jom/mari lah kita sama-sama menyertai konvoi kemasyarakatan anjuran NGO Wargakilang ini pada Sabtu ini, 18/5.  Berkumpul di tempat letak kereta Kulim Hi-Tech Park, jam 7.30 - 8.00.  Maklumat lanjut : http://moniermatdin.blogspot.com

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan dari facebook Wargakilang

Ikut senarai yg Hj Fendi dah siapkan, ada 40 keluarga susah yg akan kita bantu dlm JJMK Selama 18 Mei nanti. Oleh kerana ramai sgt penerimanya, maka kita tak mampu nak pergi semua rumah. Antara rumah yg kita tak sempat nak singgah, cuma bagi kat contact kita di sana untuk diagihkan ialah rumah Pakcik Tua dalam gambar di bawah ini...di penjuru itulah beliau tidur, di situlah tempat makan dan di situlah tempat masaknya...Sedih!!. Saya cuma berharap jika ada kelapangan, kita dpt singgah di situ tetapi menurut Sdra Satar & T Hj Fendi kita dah fix route dan tak dpt singgah melawat Pakcik Tua ini kerana timing kita sudah pack...apa-apa pun, sama-samalah kita doakan Pakcik Tua sebatang kara tanpa anak tanpa isteri ini akan terus tabah menempuh hari-hari yg mendatang, dan moga sedikit sumbangan dari kita yg tak seberapa itu nanti mampu meringankan beban dan menghiburkan hati laranya buat seketika...(secebis realiti hidup yg tersembunyi di celah-celah kesibukan hidup kita).

Like ·  ·  · 15 hours ago

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin