Fuh...fuh... *sambil kibas-kibas habuk yang melekat* kerana lama meninggalkan rumah ini. Beberapa himpunan kisah - jika ada boleh diambil iktibar.
Indah budi-pekerti
pemandangan dari surau tingkat 4 - USM |
Ketika melihat pekerja mencakar daun-daun kering di lapangan, saya teringatkan seorang pak cik pekerja am di kampus UiTM yang berusia sekitar 50 - 60an (pada amatan saya) berjanggut sedikit dan sentiasa bertopi kain. Beliau sentiasa berada di perkarangan parkir kenderaan di bahagian belakang bangunan utama, tertunduk-tunduk mencakar daun-daun kering di tanah ketika saya tiba pada waktu pagi.
Pak cik ini, biarpun bekerja 'biasa-biasa' saja, tetapi budi bahasanya sangat 'luar biasa'. Ketika menyedari saya (saya rasa hampir siapa saja) berada berhampiran , beliau cepat-cepat "Assalamu'alaikum puan...", kadang-kadang, "Maaf puan, ganggu tempat lalu puan". Beliau yang menjalankan tugas, meminta maaf dari saya pula! Ada ketika, saya mengucapkan salam kepadanya jika beliau tidak perasan keberadaan saya.
Ganastai!
Si adik juga 'terpengaruh' dengan gangnam style nampaknya...mujur tidak menari 'ganastai' di rumah!
Tekanan Darah Rendah
Satu pagi, ketika bangun pagi, tiba-tiba saya terasa pening dan berpusing-pusing. Keadaan ini berlanjutan sepanjang hari, cuma belum pitam saja. Ketika ke klinik pada petang itu, bacaan saya hanyalah sekitar 80/60. Kata doktor "hypotension". Saya pernah mengalami keadaan ini ketika belajar hampir 20 tahun lalu. Doktor memberikan saya 4 biji Gingko Biloba extract (EGb) untuk melancarkan darah (4 hari) serta 10 tablet Celenid Cinnarizine 25mg untuk mengurangkan pening. Saya hanya mengambil 2 biji saja (2hari) kerana tablet ini menyebabkan mengantuk terlampau hehehe.
Antara cadangan kawan-kawan di FB untuk menaikkan semula tekanan darah :
- sup bayam merah
- daging/ayam/kambing
- kurma/prune/kismis hitam/buah-buahan gelap
- guava
- bersenam
Elok juga disimpan carta ini untuk rujukan di masa akan datang.
sumber |
Beberapa hari selepas itu, tekanan di peringkat "low normal", ada sedikit peningkatan dan rasa pusing semakin berkurangan. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?