Alhamdulillah... Alhamdulillah... Syawal kali ini lebih meriah kerana dapat meraikannya bersama-sama kawan-kawan lama yang sudah bertahun-tahun (malah berpuluh tahun) tidak berjumpa itu. Bukan tidak bertegur sapa melalui Facebook, tetapi dapat bersua muka itu lebih indah! Pelbagai cerita lama dan baru dikongsi. Zaman kanak-kanak kami sudah berlalu, bertemu semula setelah anak-anak kami mencecah usia sewaktu kami berpisah dahulu.
Dua lokasi dan tarikh yang berlainan.
rakan seuniversiti |
rakan sekolah rendah |
rakan sekolah rendah yang hampir 3 dekad tidak bertemu! |
Ketika rancak bersembang bersama kawan-kawan ini, adik dan kakak datang berbisik mengajak balik. Selepas beberapa ketika, adik mengambil hand bag saya dan menggalasnya. Hahaha... ianya adalah hint 'sudah-sudahlah ummi bersembang tu... adik nak balik ni...". Begitulah apabila sudah lama tidak bertemu, ada-ada saja isu yang disembangkan. InsyaAllah, semoga akan ada lagi pertemuan selepas ini dengan rakan-rakan yang lebih ramai (reunion).
tu ngan asrul sani n sapa ntah lupa nama kan? kat mana? awat tak ajak aku..hehehe...leh ajak WSS join juga.
ReplyDeleteAsrul Sani, Hamka & Helmi, open house rumah Helmi (Madison), wife dia (Morni) kawan sekolah rendah aku
Delete