Wednesday, August 8

Kisah kembara Ramadhan - III

Ini adalah (lebih kurang) laluan kami pada hari itu (menggunakan google map).  Dari satu destinasi check point ke check point yang berikutnya mengambil masa sekitar 30 min.  Ketika menghampiri kampung-kampung, ada kanak-kanak di tepi jalan melambai-lambai ke arah kami.  Saya meminta anak-anak membalas lambaian mereka.  Agaknya mereka teruja dengan pemandangan 'luar biasa' deretan kenderaan di jalan kampung mereka.  



Check point 4 adalah Pondok Ahmad Nahu, Kuala Beris (E).  Kami tiba sekitar jam 11.30pg.  Keadaan pondok-pondok kediaman pelajar amat daif sekali.  Dana untuk membina surau baru yang masih di dalam pembinaan menggantikan surau lama yang agak usang masih belum mencukupi.  Tidak banyak yang dapat ditekuni di dalam waktu yang singkat lebih kurang 30 min itu, tetapi melihatkan kepada insfrastruktur yang teramat sederhana (boleh dikatakan daif), anak-anak ini sanggup bermujahadah untuk memantapkan ilmu agama demi kelangsungan agama Islam di masa akan datang.  InsyaAllah, jika berpeluang, kami akan ke sana lagi!


bekalan untuk mereka

amaran dari datuk...





Mudir pondok, Al-Fadzil Ustaz Kamel menyampaikan sedikit tazkirah

Wakil Intel menyampaikan sumbangan



salah sebuah pondok kediaman pelajar

timbunan barang sumbangan dari pelbagai pihak

daif

bergerak untuk ke lokasi seterusnya

Catatan tentang pondok ini beserta cara untuk mengumpul saham ada di sini.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin