Sunday, June 3

Kota Bharu - Pasar Siti Khadijah & Muzium

Pasar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah serta pelbagai jenis muzium sangat berhampiran dengan hotel yang kami duduki.  Hari terakhir kami di Kota Bharu, tempat-tempat ini saja yang menjadi tempat singgah.  Itupun peluh membasahi baju dengan cuaca panas terik.  

kebosanan

ubat bosan

lihat-lihat saja

baju bercop Kelantan

Puas menepis pujukan peniaga yang menyuruh saya memborong kain-kain ela untuk dijual.  Saya bukan orangnya yang appreciate batik sutera (malas untuk mengurusnya) dan lebih suka kain biasa bercorak batik yang senang untuk diseterika (jimat - kata hati en. suami ^_^ ).

salak

Nona

sikit saja yang dibeli (^_^)

Selepas mencuci mata, mencuci minda pula.  Beria-ia anak-anak mengajak ke muzium, padahal, di dalam muzium, mereka hanya pusing sekali lalu saja.  Mereka hanya berminat ketika di Istana Jahar saja, muzium lain, tidak berapa sesuai dengan umur mereka.  Memorial Perang lebih sesuai untuk anak-anak di peringkat menengah yang sudah belajar selok-belok kependudukan Jepun di Tanah Melayu.


Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan (Istana Jahar)


Istana Jahar kini dijadikan sebagai Muzium Diraja Negeri Kelantan.  Muzium ini mempamerkan sejarah kesultanan Negeri Kelantan daripada zaman awal hinggalah kepada pemerintahan Sultan Kelantan pada masa sekarang.  Ruang pameran yang terdapat di bangunan Muzium ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti peralatan senjata, pakaian tradisi, dan hal-hal lain yang berkaitan dengan kesultanan. Walaupun telah dijadikan Muzium tetapi reka bentuk asal bangunan ini tetap dipelihara.  Seni binanya yang unik dengan ukiran-ukiran yang cantik telah menyerikan lagi bangunan istana yang dijadikan muzium itu (sumber).

Bayaran masuk adalah RM2/dewasa dan RM1/kanak-kanak dan dibuka setiap hari kecuali Jumaat.  Anak-anak teruja melihat bilik-bilik diraja yang dihiasi dengan peralatan untuk sesuatu upacara diraja.  Sayangnya, di dalam muzium ini tidak dibenarkan untuk mengambil gambar (saya yang menurut perintah ^_^).





replika istana





perahu diraja

balai senjata


Memorial Perang (Bank Kerapu)

Bangunan ini merupakan bank yang pertama yang dibuka di Kelantan.  Bangunan ini digelar Bank Kerapu kerana permukaan dindingnya yang kasar dan menggerutu. 

Bermula pada tahun 1992, bangunan ini digunakan sebagai memorial peringatan Perang Dunia II yang mana pendaratan tentera bermula di Tanah Melayu. Bangunan ini memiliki dan mempamerkan lebih daripada 1,000 bahan pameran yang berkaitan dengan peperangan yang terdiri dari gambar-gambar, artikel dan artifak. Pameran lain termasuk foto Sultan Ismail Petra sebagai Kolonel Kehormat Rejimen Artileri DiRaja Malaysia, sejarah hubungan Kelantan-Thai sebelum kemerdekaan Tanah Melayu, dan kehidupan rakyat Britisih di Kelantan sebelum dan selepas perang. Basikal yang pernah digunakan oleh tentera Jepun semasa memasuki bandar Kota Bharu juga dipamerkan di sini (sumber).

Bayaran masuk adalah RM1/dewasa dan RM0.50/kanak-kanak.



Muzium Kraftangan

Muzium Kraftangan (Balai Getam Guri) terletak dalam Kornpleks Kampung Kraftangan. Bangunan muzium ini adalah sebahagian daripada bangunan Kampung Kraftangan yang diperuntukan kepada Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan dijadikan Muzium Kraftangan. Keluasannya ialah 5 1.52 meter persegi dan 9.39 meter lebar. Muzium ini terletak di pusat bandar Kota Bharu, dalam kawasan Zon Budaya, Bangunan ini juga letaknya berhampiran dengan 'Pasar Buluh Kubu " yang terkenal itu. Perjalanan dari Muzium Kraftangan ke pusat bandar Kota, Bharu adalah lebih kurang 0.5 kilometer (sumber). 

Bayaran masuk adalah RM1/dewasa dan RM0.50/kanak-kanak.




Berhampiran muzium ini, terdapat gerai cenderahati kraf seperti batik dan lukisan untuk dicuba oleh pengunjung.

Bersambung - mencanting batik

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin