Berpusing-pusing kami mencari Masjid Kg. Laut yang dikatakan masjid tertua di Malaysia ini yang kini terletak di Nilam Puri. Ianya tidak dapat dikesan oleh GPS (ketika itu) dan papan tanda juga tidak kelihatan untuk mengarahkan kami ke sana. Setelah mendapat kepastian dari seorang sahabat di Kota Bharu, barulah kami menghala mengikut jalan yang betul. Ini lokasi koordinatnya (saya katakan alamat satelit) :
E: 102* 14' 28.1"
N: 6* 1' 38.3"
(* untuk darjah)
Ianya terletak bersebelahan dengan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra serta di seberang jalan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Nilam Puri.
Dari sumber : Menurut cerita lisan tradisi, berabad-abad dahulu, para mubaligh
belayar ke sepanjang kepulauan Melayu untuk menyebarkan agama Islam.
Pada tahun 1730-an, sekumpulan mubaligh melalui pantai Timur
Semenanjung Malaysia dalam perjalanan mereka ke Pattani di Thailand
Selatan ke Jawa di Indonesia. Malangnya perahu mereka bocor dan
mengalami kesulitan. Para mubaligh dalam perahu itu bersumpah bahawa
kalau mereka dibawa ke pantai dengan selamat, mereka akan membina
sebuah masjid dengan serta merta untuk memperingati peristiwa itu. Doa
mereka dikabulkan, dan para mubaligh mendarat di Kampung Laut, Tumpat.
Saya sendiri tidak tahu kewujudan masjid tertua ini jika tidak diberitahu oleh en. suami. Dia terlihat maklumat masjid ini di dalam makalah yang terdapat di dalam bilik hotel kami.
(Gambar hasil kombinasi kamera EOS 1000D serta IXUS 105)
Sambungan - Pasar Siti Khadijah dan segala jenis Muzium!
masjid ini tidak menggunakan paku..semua pakai pasak...
ReplyDeletemasjid yang asal tak pakai paku, yang ini (dibina semula) rasanya ada paku sebab nampak di tiang ^_^
Deleteterima kasih :)
ReplyDeletemembantu sgt article ni sebagai rujukan^^
Sama-sama @roslinealissa. Alhamdulillah.
Delete