Secara tradisinya, cucur udang atau cucur bilis biasa dihidangkan. Dengan pelbagai bahan yang ada, kepelbagaian di dalam resepi hidangan cucur perlu supaya keluarga tidak jemu dengan hidangan tradisional ini.
Inilah cucur moden kontemporari - suka-suka hati menamakan cucur ini - kerana saya mengolah ramuannya menggunakan sosej pula. Gabungan tepung gandum, sosej, bawang besar, daun leek, cili padi, kunyit dan garam mesra bersatu dan semuanya selesai di dalam perut sebagai sarapan pagi, Alhamdulillah.
Memang kalau tangan mak yang masak, mesti sedap belaka. :)
ReplyDeleteBetul @AquariusSal, sampai sekarang, saya juga masih sukakan masakan mak saya :D
Delete