Baru-baru ini, sebuah lori tanah (sebesar lori merah di dalam gambar itu) terjatuh ke dalam longkang besar dan meranapkan pagar rumah mak. Muatan pasir di atas lori tertumpah ke dalam kawasan pagar.
Tauke lori syarikat pembinaan itu sudah berjanji untuk membaiki pagar dawai yang musnah dan pasir yang tertumpah dari lori itu juga di'hadiah'kan kepada mak.
Inilah yang dikatakan rezeki dari yang tidak diduga. Kebetulan abang saya sedang berkira-kira untuk membina rumah di kawasan itu. Pasir dan tanah sudah ada, andai diperlukan lagi, mungkin tidak banyak yang perlu dibeli.
Sebelum ini, ketika Majlis Perbandaran mengorek longkang dalam di tepi jalan, mereka bertanya jika mak perlukan tanah itu. Jadi, tanah itu juga diperolehi secara percuma.
patutla nampak line clear saja..rezeki terpijak..Alhamdulillah
ReplyDelete