Thursday, December 15

@Masjid Zahir, Alor Setar

Masjid Zahir ini dirasmikan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H, bermakna, usianya sudah menghampiri 100 tahun Hijri (sumber).

Sg Kedah - di belakang Masjid Zahir

rumah di tepi sungai


model saya

Kami menikmati bihun sup di gerai yang dibina bersebelahan dengan Masjid.  Bihun supnya sedap, tetapi jika ditambah sedikit lagi perencah sup, rasanya akan lebih ummph.  

bihun sup pula


tauke bihun sup

senibina lama dan baru





Kami di dalam 'misi' pencarian klinik pakar kulit untuk merawat kaki adik yang dipenuhi kudis.  Ada dua klinik, Dr. Jalaluddin (tutup) dan juga sebuah klinik am + kulit di Tg. Pauh (menghala ke Jitra) tetapi doktor kulitnya cuma ada pada hari tertentu sahaja.

Sudahnya kami ke klinik kulit Dr. Venkat di Jalan Putra, Alor Setar.  


Masa menunggu lebih kurang 45 minit kerana ramai pesakit, tetapi masa rawatan hanya sekitar 2 - 3 min saja.  (Nota : agak mahal bayarannya, dengan 6 jenis ubat serta perundingan, kesemuanya RM90).

12 comments:

  1. kami selalu ke pakar kulit Dr.Leh di exit sg.petani selatan mengadap caltex. chargenya aku rasa lebih mahal dr yg hang pi di AS. slalu lam rm200 la..tapi Alhamdulillah berkesan

    ReplyDelete
  2. Depa duduk rumah tok mengkuang dah 2 minggu. Bila ambik nak balik AS, tengok makin teruk, itu yang cari klinik di sana. Sekarang ni nampak makin kurang. Kulit adik jenis sensitif, kena nyamuk sikit, garu, apalagi, jadi kudis lah. Ingatkan klinik di AS tu dah mahal hehehe

    ReplyDelete
  3. saya rasa cuba p dkt klinik fauzi alor setar.murah lg dr venkat.

    ReplyDelete
  4. dr leh exit sungai petani tu ok ke..kalau ade masalah kulit cam ruam atau jerawat ke okay x..?
    (buntu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, baru perasan komen...nanti kata ok ke tidak, rasanya bergantung kepada kulit dan keserasian ubat juga.

      Delete
  5. Klinik Dr. Venkat tu ada trpapar sticker AIG tak kt dpn pintu masuk atau kt dlm ?

    ReplyDelete
  6. Dr ni mmng pakar.. so far, ramai kenalan pon berkenan pegi situ. Saya msih ingt lg time saya kena scabies(kudis buta) form 2 dlu2. Ayah saya pegang tangah and hulur tngan saya ke Dr. Dr tu tepis tngan ayah saya n tros bg wrning jgn pegang.. agak terkejut n dia tros crita apa itu scabies n smua benda yg berkaitan str8 to the point. Sriusly aq terkejut dan kagum dengan Dr.Venkat. untuk pengetahuan dah 5 klinik aq pergi check sakit gatal ni.. ternyata mmng smua buat rilex2 n bg ubat yg sama dan tak membuahkan hasil. Ada jugak mmber cerita dia pernah pegi situ, masalah panau(tpi bukan panau) yg luar biasa. seksa jugak penyakit tu (gatal/muka jd mengelupas+panau/peluh2 rasa panas). still sama mcm aq bnyak kali pegi klinik x smbuh2. Tp alhamdlillah ubat2 n guide Dr.Venkat mmng sngt mmbntu. Jd kpd shhabat2 di luar sana yg xtahu tlg jgn kecam klinik tu cekik darah, mahal & sbgainya. Sngat disyorkan jika ada penyakit kulit yg pelik2 dan dah buntu mcmmana nk cegah/ubati. Mmng logik selalu ramai dan masa merawat mmng sekejap. Dia pakar, kdng2 xperlu pon check sana sini. tengok pon dah tahu. Lagipon xda masa Dr. nak chatting lama2 dngn customer dalam tu.. just str8 to the point crita n "next"(pesakit strusnya).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul....
      kali pertama sy p klinik ni mmg ramai check cuma 3 ke 4minit aja...
      ubat seratus lebih...
      alhamdulillah sy p rata2 klinik pun x lega..mai klinik venkat dgn izin Allah sembuh sepenuhnya dalam tempoh jam2 aja....
      sblm tu sampai masuk wad spital la....
      duit keluar berbaloi2 dr p rata2 klinik dan masuk wad juga dok tgk anak sakit derita sebab ruam berdarah...

      Delete
  7. Assalamualaikum klinik dr. venkat buka hari apa sampai kui berapa?

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin