Selesai makan tengahari di RFC, perjalanan diteruskan ke Hutan Rekreasi Tupah (C). Ianya menjadi pusat perkelahan keluarga dengan aliran air sungai yang menyegarkan.
Tidak pula kami ketahui yang pengunjung boleh mengambil air di loji air Bukit Tupah ini.
Menurut pak cik (yang tidak berbaju ini), dia sudah bertahun-tahun mengambil air mineral di situ. Bertong-tong dan berbotol-botol air mineral yang menjadi bekalan air minuman mereka sekeluarga.
|
HANYA UNTUK DIMINUM SAHAJA! |
Ketika kami ingin beredar, ada beberapa buah kereta lagi yang datang untuk mengambil air mineral di situ.
Kami tidak merancang untuk mandi-manda di situ kerana setiap petang, kebiasaannya akan hujan lebat. Tiada persalinan mereka yang dibawa untuk mandi air sungai. Hanya touch n go sahaja untuk mengambil gambar alam semulajadi.
|
apabila berjumpa air |
|
muka budak yang ceria sebelum amukan bermula |
Adik mengamuk kerana tidak puas 'merendam kaki'nya ke dalam air. Masa yang terhad membataskan kami untuk berlamaan di situ.
Destinasi seterusnya, Lembah Bujang (D). Gambar-gambar ini adalah hasil dari dua kamera.
|
denai untuk ke Gunung Jerai |
|
jurugambar cilik |
|
budak yang ketakutan untuk memanjat cerun |
|
comelnya bunga rumput ini |
|
membuang kemuncup yang melekat |
|
seronok memanjat tangga |
Destinasi akhir adalah Pantai Murni, Yan, Kedah (E). Saya pernah kisahkan pantai ini di
sini. Kami berkongsi cendol, keropok lekor serta laksa di gerai di tepi laut. Pemandangan air surutnya tidak begitu menarik tetapi tetap santai menikmati udara yang bertiup sepoi-sepoi sambil menikmati minum petang di situ.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?