Alhamdulillah, dengan izinNya, kami sejabatan dapat meraikan keluarga
Darul Hanan sempena AidilFitri. Wajah mereka ceria menerima kunjungan kami. Pelbagai cerita yang diceritakan kepada kami., ada yang dengan linangan airmata. Berbeza dengan pengalaman bersama anak-anak yatim, ibu-ibu dan ayah-ayah ini agak sensitif jiwa mereka dan inginkan perhatian supaya kita mendengar kisah mereka. Apapun cerita yang disampaikan, saya mendengar dengan fikiran yang terbuka dan tidak ingin menyebelahi mana-mana pihak.
Pictures speak thousand words.
|
protaz |
|
doa dipanjat untuk kesejahteraan hidup |
|
pengurus Darul Hanan menerima cenderahati dari koordinator jabatan |
|
sedikit sebanyak dapat mengubat hati ibu ini |
|
ayah ini mengalami masalah penglihatan |
|
terkenangnya allayarham bapak sendiri |
|
kegembiraan terpancar di wajah mereka |
|
kami bersama pengurusan Darul Hanan |
|
Tiga jejaka jabatan (tengah) |
Biarpun prasarana yang disediakan untuk mereka ini lengkap, tetapi, sokongan moral perlu untuk warga emas ini supaya mereka tidak merasa terpinggir dari kasih sayang. Pengurus Darul Hanan yang berusia awal 30an amat berharap kami dapat membuat kunjungan balas ke sana untuk mengembirakan hati penghuni di situ. Besar pahalanya bagi mereka yang menguruskan warga emas dan O.K.U di sana. Doa saya agar mereka dilimpahi Rahmat dan Kekuatan untuk berbakti kepada ibu ayah yang menumpang kasih di rumah Darul Hanan itu.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?