Sunday, August 7

Aktiviti bersama...

Papan karom ini dibeli seminggu lalu.  Jika berkelapangan, kami akan bermain bersama-sama. 




Semalam saya masakkan mushroom soup kegemaran anak-anak  Ketika memotong bahan-bahan, saya mengajak anak-anak untuk turut serta.  Sambil memotong, becok mulut mereka bersuara,

"Adik jadi chef 6 tahun."

"Kakak pun chef 9 tahun."

Hehehe... baru memotong bahan sudah menjadi chef.


"Adik dah besar, adik nak tolong ummi masak..." 
"Kakak pun boleh tolong ummi masak"

Berebut-rebut bercakap.  Itu baru dua, riuhnya mengalahkan ramai orang!

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin