Monday, May 23

Janji tetap janji

Kakak dan adik sangat gembira apabila kak Long dan kak Lang (sepupu mereka) bermalam di rumah saya untuk membantu kerja suami saya.  Semalam ketika kak Long hendak balik, adik merajuk ingin mengikut kak Long balik.  Katanya, dia ingin mengambil basikalnya di rumah tok. Memandangkan saya akan ke rumah mak untuk mengambil kancil saya keesokan harinya, saya beritahu adik, nanti abahnya akan bawa balik basikalnya.

Pagi tadi, abahnya terlupa pula untuk membawa balik basikal itu walaupun sudah diberitahu.  Terpaksalah saya 'menyumbatkan' basikal tersebut ke dalam kancil kerana butnya tidak muat.  Seharianlah basikal itu di dalam kancil saya sehingga balik kerja. Dan adik, dengan relanya, menyelit di celah basikalnya. 



Sesampainya di rumah, adik dengan riangnya mengayuh basikal di halaman rumah yang sejemput itu.  

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin