Sunday, March 6

Hantu



Baru-baru ini adik menceritakan terdapat hantu di sekolahnya.  Dia menceritakan kawan-kawannya melihat di dalam bilik dan surau sekolah.  Saya ketawa ketika mendengar dia bercerita, kerana nama hantu-hantunya (lebih dari satu) agak pelik.  Agaknya nama-nama itu diberikan oleh budak-budak itu.  Adik bercerita, nama hantu-hantu tersebut, hantu kain, hantu kencing, hantu lembik, hantu pocong dan hantu nenek kebayan. Bagaimanalah saya tidak ketawa mendengar nama hantu yang pertama kali saya dengar!

Adik bercerita, kawannya melihat air kencing 'hantu kencing' itu berwarna jernih.  Pada ketika lain, pintu bilik mereka diketuk-ketuk oleh hantu-hantu itu.  Saya tanyakan, adakah cikgu di situ melihat hantu-hantu itu.  Dia hanya memberitahu, kawan-kawannya saja yang melihat mereka.  

Apabila saya menceritakan kepada ustazah kakak di transit, dia memberitahu, ada budak tidak mahu ke sekolah kerana katanya ada hantu yang mengacaunya di sekolah tadika itu.  Wallahu'alam.  Saya pun tidak tahu, kenapa hantu-hantu itu muncul di siang hari, atau adakah ianya hanya khayalan dan imaginasi budak-budak itu saja. Apabila ditanya, adik tidak pernah melihat hantu-hantu itu, katanya hanya kawan-kawannya saja yang menengoknya. Nantilah, saya tanyakan kepada cikgu mereka kerana baru-baru ini saja adik menceritakan tentang hantu-hantu tersebut.  Ketika 5 tahun dahulu, tidak timbul pula cerita hantu-hantu ini.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin