Baru-baru ini, saya bertanyakan rakan-rakan yang mempunyai anak remaja, pada usia berapakah, anak boleh diajar untuk menyerika baju sendiri. Kebanyakan memberikan pandangan umur yang sesuai adalah di peringkat darjah 4, walaupun ada juga senior saya yang sudah membenarkan anaknya membuat sendiri ketika di dalam darjah 2. Saya sendiri? Saya tidak ingat bilakah saya mula membuatnya sendiri.
Pada hari ini, saya telah memulakan latihan kakak yang pertama untuk menyerika bajunya pada umur 9 tahun. Belum benar-benar 9 tahun lagi sehinggalah bulan Julai nanti. Saya berikan baju kurung biasa yang akan dipakai ketika sesi fardu ain di Transitnya. Saya belum lagi berkeyakinan untuk memberikan baju kurung sekolah. Setelah latihan demi latihan, akan sampai masanya kakak akan diberikan tanggungjawab untuk menyerika baju sekolahnya sendiri.
Adik teruja melihat kakaknya menyerika baju. Adik bertanya, "nanti bila adik dah besar, adik pun boleh iron baju sendiri?" sambil saya mengiyakannya. Adik tersenyum (teringin lah tu).
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?