Saturday, January 22

Hanya sebelah berfungsi


Pada hari cuti umum khamis lepas, dengan tidak sengajakan, saya telah memecahkan kanta lekap sebelah kiri. Cermin mata yang ada adalah cermin mata lama yang saya jarang pakai dan kuasa cermin itu juga tidak sama dengan mata saya.  Pening juga apabila mengenakan cermin mata yang jarang-jarang dipakai itu.  Tengahari itu juga saya ke optometri berhampiran.  Setelah pemeriksaan dibuat, kata optometris berkenaan, kornea di sebelah kiri saya sedikit crooked.  "Serius ke?", fikir saya.

Ketika pemeriksaan mata ke atas suami, optometris berkenaan menunjukkan ciri kornea yang normal. Gambarajah 1 ada kornea yang normal.  Katanya, kornea saya ada crooked di bahagian atas (bertanda merah) di dalam gambarajah 2. Saya tidak pula melihat kornea mata saya ketika pemeriksaan itu.



Beliau mencadangkan supaya saya bertemu dengan pakar mata sebelum membuat keputusan samada boleh  atau tidak membuat kanta yang baru.  Inilah kali pertama saya bertemu dengan pakar mata seumur hidup saya.  Kebanyakan pesakit yang saya lihat di klinik pakar mata itu adalah dari golongan yang lebih berusia.


Alhamdulillah, setelah pemeriksaan dengan dua mesin imbasan dibuat, doktor mengesahkan tiada apa yang perlu dirisaukan kerana keadaan itu merupakan 'parut' lama.  Hmm, di dalam mata juga ada parut juga ke?  Saya tidak pula bertanyakan dengan lebih lanjut, bagaimana 'parut' itu boleh ada di dalam mata saya.  Pengalaman bertemu pakar mata tidaklah se'ngilu' bertemu dengan doktor gigi.  Hmm.  

Bagi sesiapa yang menggunakan kanta lekap, perlu menjalankan pemeriksaan rutin untuk menentukan keadaan mata di dalam keadaan yang 'sihat'.  Kata optometris, kanta lekap (soft) perlu ditukar di dalam tempoh 1 tahun 8 bulan berbanding dengan hard lens tetapi ianya juga mempunyai jangka hayat perlu ditukar.  Sekarang ini, saya hanya bergantung kepada 1 kanta di sebelah kanan untuk melihat.  Ianya lebih selesa berbanding dengan memakai cermin mata yang mengakibatkan kepala saya pening.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin