Wednesday, December 29

Felda Residence Hot Springs, Sungkai (3) - Hari Kedua


Pagi-pagi lagi sudah bersiap-sedia untuk ke kolam selepas selesai sarapan di Coffee House.  Sarapannya ala kadar saja dengan menunya, nasi lemak, bihun goreng, scramble egg, kentang wedges, kacang panggang, 2 jenis cereal, roti bakar dan bun. 



Pengunjung dinasihatkan untuk berendam tidak lebih dari 1/2 jam saja.


Akhirnya, jacuzzi di villa....

opss, ada budak seksi

Hush... mana gambar tuan punya blog? 


Untuk merehatkan minda, tempat ini sememangnya dicadangkan pergi kerana jauh dari hiruk-pikuk dan kebisingan bandar, tetapi untuk menjamu selera agak terhad di sini.  Makanan di coffee housenya agak mahal, dan restoren juga jauh dari kawasan ini.  Malam itu, kami bergerak sejauh 20km ke Bidor untuk makan malam.  Ada juga gerai-gerai makan kecil  yang berhampiran, tetapi tidak menepati 'piawaian' kami.  Jika anda rajin, boleh juga membawa bekalan bahan mentah untuk dimasak kerana di villa tersebut ada disediakan dapur, periuk nasi, pinggang mangkuk, cawan serta cerek elektrik untuk memasak air panas.  

Selamat bercuti-cuti Malaysia ke sana.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin