Sunday, August 8

Putus ubat


Akhirnya balutan di tangan adik sudah dibuka pada hari Sabtu pagi.  Selepas dibuka, mak cik Asiah menyapu minyak di bahagian patah bahu adik sambil membaca doa tertentu.  Air di dalam botol 5.5 liter juga dibacakan doa tertentu.  Mak cik Asiah memberikan 2 biji limau purut dan sedikit sintok untuk direndamkan ke dalam air mandian adik.

Syarat putus ubat, garam dan juga air saja.  Sireh sebenarnya tidak diperlukan pun, tetapi mak suruh sediakan juga.  Mak cik tidak kenakan sebarang bayaran, sekadar pemberian ikhlas dari pengunjung yang berubat dengannya.  Hmm, setelah balutan dibuka, lasaknya kembali seperti sediakala, seolah-olah tiada apa yang berlaku pada bahunya itu.  Sebelum ini dia masih merasa balutan di tangannya, itu pun jenuh memerhatikan juga pergerakannya. Adik, adik...

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin