Sebenarnya, cerita ini dimuatkan ke dalam blog saya yang terdahulu. Blog itu hanya blog peribadi yang hanya orang tertentu sahaja dapat melawatinya. Saya letakkannya semula di blog ini untuk tatapan semua. Kemungkinan ada maklumat yang tidak lagi relevan untuk 2010 kerana 'pengembaraan' ini sudah berlalu lebih dua tahun dulu.
Pada 13 April 2008, jabatan kami menganjurkan ekspedisi ke Gua Tempurung yang terletak di Gopeng, Perak. Sungguh menarik serta takjub dengan kebesaran Allah yang menjadikan gua yang sebegini indah. Pakej yang ketiga - "wet tour" menarik dan mencabar. Tidak mahal bayarannya, hanya RM11 seorang. Tetapi jika pergi berkumpulan, dapatlah juga diskaun (saya tidak ingat berapa) . Kami menghabiskan masa selama 2 1/2 jam bermula pukul 12 tghari mengembara ke dalam gua ciptaan Allah ini.
Ada dua sesi 'pengembaraan' ini, Wet Tour dan juga Dry Tour. Namanya 'wet', memang basah kuyuplah jadinya. Banyak lawak saja semasa wet tour tersebut, sebab ada yang loyar buruk. Tapi pemandu arah berpesan kepada kami, di dalam gua, mulut perlu dijaga juga.. hehehe.. faham-fahamlah sendirilah.
pembentukan batu kapur di dinding gua
dinding gua (ada nampak apa? entahlah)
licin dinding ni, batu marmar katanya
graffiti bukan dari zaman purba yalaluan yang sempit di celah-celah stallactite
dinding gua (ada nampak apa? entahlah)
licin dinding ni, batu marmar katanya
graffiti bukan dari zaman purba yalaluan yang sempit di celah-celah stallactite
stallactite
merangkak jangan tak merangkak
batu-batan di bawah gua'sliding' dari pandangan atas'sliding' ini lah yang mula-mula gementar juga henda turun, tetapi alhamdulillah, ok saja..
merangkak jangan tak merangkak
batu-batan di bawah gua'sliding' dari pandangan atas'sliding' ini lah yang mula-mula gementar juga henda turun, tetapi alhamdulillah, ok saja..
.pandangan bawah selepas berjaya melepasi cabaran 'fear factor'
Sebenarnya pemandangan di sini adalah gelap ya. Disebabkan 'flash' kamera memancar di sana-sini, terang jadinya.
Selepas ini panjat bukit pula dan menaiki tangga ke "top of the world".
- bersambung 'dry tour' -
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?