Tuan rumah 'homestay' mencadangkan kami pergi ke taman tema yang baru dibuka. Petang hari kedua diperuntukkan sepenuhnya untuk bermain air.
Jika pergi berkumpulan, pakej yang ditawarkan untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak adalah RM99 (RM27.50/dewasa dan RM22/kanak-kanak).
Anak-anak sangat teruja dan tidak sabar-sabar ingin berendam. Untuk memaksimakan penggunaan dengan bayaran, anak-anak bermain air dari jam 1.30 sehingga 5.00ptg. Ber'jelaga' juga lah mereka kerana berendam di dalam air begitu lama.
Cepat-cepat berjalan, tidak sabar untuk bermain air
1 Big Wave - anak-anak teruja dengan ombak buatan yang ada
ada lagi di atas sana. Sabar-sabar
Pelampung boleh disewa, ada kecil dan besar
Rexy Ride
Adventure island
Kamikaze Racer
Yang ini kelakar benar. Kakak dan sepupunya menaiki ini. Saya menunggu di bawah untuk mengambil gambar mereka. Ketika menanti mereka (2 barisan yang paling kanan) untuk turun sehingga ke kolam, tiba di pertengahan jalan, mereka tidak muncul-muncul. Rupa-rupanya, mereka tidak cukup berat untuk mempunyai daya tujahan mendaki slide tersebut sebelum turun di kolam.
abang ipar meluncur laju ke kolam
Crazy slide
Anaconda Twist
Di sebelah Anaconda Twist adalah Waver Rider.
Adventure Island pula
Kami yang menunggu...letih
Anak-anak mencuba juga Family Jollies dan Lazy & Crazy River tetapi tiada gambar mereka yang dirakamkan. Masih ada lagi permainan yang belum lagi siap sepenuhnya.
pertunjukan tarian oleh maskot-maskot Wonderland
Nampak keletihan mereka sesudah selesai bermain air, tetapi masih juga aktif bergerak. Ingatkan mereka sudah puas bermain air, rupa-rupanya masih ada keinginan untuk pergi ke Sunway Lagoon pula. Hehehe. Sekali-sekala untuk ke taman tema seperti ini, boleh lah... tetapi tidak selalu. Dari segi kemudahan, ada surau, cafe, tempat salin pakaian dan juga tandas di beberapa tempat. Akan tetapi, ketika kami berada di situ, ada beberapa tandasnya tidak dilengkapi dengan paip getah atau gayung (cebok). Mungkin mereka terlupa agaknya.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?