Sambungan dari wet tour, kami mendaki bukit yang tinggi pula. Dengan basah mengharung air sungai di dalam gua, terpaksa mendaki, menjadikan pendakian sukar kerana licin.
Sepanjang memanjat tangga ke "top of the world", memang saya tidak pandang kiri kanan atau bawah. Sangat gayat! Junior saya menegur kerana memanjat 'tanpa perasaan'... tidak toleh kiri kanan bawah dan menghayati pemandangan gua. Sayup-sayup tingginya! Dengan kaki yang menggigil saya terpaksa teruskan juga, takkan hendak ditinggalkan di bawah?
Pengalaman yang sangat-sangat berharga. Di dalam kegelapan inilah kita menghargai cahaya serta menjadikan diri insaf dengan ciptaanNya yang tidak terjangkau oleh akal kita. Itu tidak setanding pengalaman kami ke Gua Itik dan Gua Gendang ketika team building dahulu. Gua tersebut lagi mencabar serta meninggalkan kesan mendalam selepas melepasinya. Jika sukakan cabaran, saya cadangkan ke sana.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?