Tuesday, June 15

Gajah Kuala Gandah

Tamat lawatan ke UiTM Pahang, di dalam perjalanan pulang, kami singgah di sini :


gambar yang diambil oleh adik
di hadapan berhampiran pintu masuk pusat konservasi gajah
gambar keluarga

di bilik tayangan video
 rangka gajah
gajah sedang menanti untuk dimandikan
 seronok agaknya gajah-gajah ini dimandikan, menari ke kanan kiri
langsat eh.. pandan... tidak pasti nama anak gajah ini
Eeeiiii geli... sangat geli ketika anak gajah ini mengambil kacang dengan belalainya

makan banyak-banyak ye
kakak teruja menaiki gajah, adik tidak mahu

orang dewasa, gajahnya besar lagi
Memandangkan banyak lagi kumpulan lain yang turut berada di situ, kebenaran untuk menaiki gajah bagi setiap kumpulan adalah terhad.  Saya tidak merasa pengalaman itu.  Hanya yang memakai stiker hijau dibenarkan menunggang gajah (sekali saja) manakala yang memakai stiker merah hanya dapat memberi makanan kepada gajah.

Sedikit maklumat dari sini :

Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah di Pahang, memberikan pelawat peluang untuk mempelajari dengan lebih lanjut mengenai haiwan mamalia yang besar ini serta pengalaman menunggang gajah di persekitaran hutan dengan bantuan seorang mahout, atau pemandu gajah. 

Pelawat yang berani dan menginginkan pengalaman yang berlainan pula berpeluang menunggang gajah ke sungai dan memandikannya! Tidak ada tempat lain di mana anda boleh mendekati haiwan mamalia yang besar ini seperti ini. 

Menurut jangkaan, terdapat hanya kira-kira 1,200 ekor gajah Asia liar - atau Elephus Maximus - yang tinggal di Malaysia dan pusat ini merupakan satu-satunya tempat yang berfungsi memindahkan gajah liar yang telah kehilangan habitat semulajadinya. 

Gajah-gajah yang ada di sini telah diselamatkan dari tempat-tempat di Semenanjung Malaysia di mana manusia dan gajah tidak boleh hidup dalam harmoni. 

Tips
Pusat ini dibuka setiap hari mulai pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Aktiviti di sini bermula dari pukul 2 petang hingga 3.45 petang. Pastikan anda memakai seluar panjang ketika menunggang gajah kerana kulitnya yang kasar.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin