Adik kini berada di rumah mak saya sejak hari minggu lepas. Peluang yang sentiasa dinanti ketika menjelang cuti sekolah. Hari minggu lepas, kami berulang-alik ke rumah mak kerana kakak saya yang bermastautin di KL pulang ke kampung. Sewaktu saya dalam perjalanan balik ke rumah, saya mendapat SMS dari kakak saya, berbunyi,
"Tahu tak, tadi dia (adik) garu kaki sampai berdarah sikit, lepas itu dia cari tongkat. Ingatkan nak buat apa. Dia (adik) yang nak guna tongkat tu. Akak kata kat dia, kaki tak boleh jalan ja guna tongkat, kaki berdarah tak payah tongkat".
Saya membalas SMS tersebut,
"Hahaha, lawak betul lah"
"Akak ingat mak yang tanya tongkat tu masa dia tanya mana tongkat tu. Lepas tu pulak dia pi tanya mak. Jenuh mak cari tongkat tu kat dia. Turun naik tangga dengan tongkat tu. Ketup ketap".
"Hahaha, teruk sangat tu, kenapa tak kata kena pi hospital"
Ada-ada saja telatah adik yang mencuit hati. Apabila dia tiada di rumah, terasa sunyi dengan keriuhan mulutnya bercakap itu ini.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?