Sunday, November 8

Buah Rokam





Buah ini mengembalikan ingatan kepada zaman kanak-kanak saya.  Dahulu, pokok buah rokam ini berdiri teguh di hadapan rumah tok.  Ketika musim berbuahnya rokam, kami sangat seronok mengutip buah yang jatuh atau ada yang memanjat pokok untuk diambil terus dari dahannya.  Saat menggigit buah itu, berkerut-kerut muka menahan kemasaman buah rokam itu.  Buah rokam masak yang berwarna merah hati agak kurang masamnya. 



Sewaktu berkunjung ke pasar malam, saya melintas di hadapan gerai yang menjual buah ini.  Terus  ringan mulut bertanya pada pak cik yang menjual.  Sepinggan kecil berharga RM2.  Saya menyambung bicara, katanya rokam tersebut diambil di Bukit Selambau.



Saya membeli sepinggan kecil semata-mata ingin mengenalkan buah yang semakin pupus itu kepada anak-anak walaupun buahnya kurang elok.  Adik mengatakan ianya seperti "tomato" kecil.  Hehehe... ada-ada saja.  Saya katakan buah ini selalunya dibuat jeruk kerana rasanya yang masam.  Saya didihkan air gula bersama garam serta merendam buah tersebut untuk dibuat jeruk.  Gula dan garam diagak saja sukatannya. 


buah yang sedang direndam

 

2 comments:

  1. sedap buah ni..suka sgt2.. tapi dah payah nak dapat.. mana nak cari ek skrg ni???

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang ada dijual di pasar malam. Memang agak susah sekarang hendak cari buah ini, kecuali di kampung-kampung jika masih ada lagi pokoknya

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin