Sabtu lepas, taska adik dan transit kakak mengadakan hari anugerah cemerlang. Adik sangat teruja kerana inilah pertama kali dia akan mengadakan persembahan di atas pentas di hadapan orang ramai. Teringat kembali kata-katanya dahulu ketika kakak mengadakan persembahan pada majlis graduasi tadika pada tahun lepas.
"Adik tak mau menyanyi kat atas pentas, adik malu"
tenang menunggu untuk mengadakan persembahan
Persembahan pertama bermula dengan kumpulan 4 tahun. Kedengaran suara adik nyaring mengalunkan selawat syifa' serta lagu You're My Sunshine kerana mikrofon berada betul-betul di hadapannya!
kumpulan 4 tahun
Selesai mengadakan persembahan, adik naik ke pentas lagi untuk menerima hadiah kecemerlangan tadika 4 tahun. Sungguh teruja sehingga tidak sabar-sabar untuk pulang ke rumah untuk melihat hadiahnya, sedangkan kakak masih lagi ingin menyaksikan persembahan-persembahan dari adik-adik tadika lain.
wajah riang kerana mendapat tempat pertama
Sesampainya di rumah tok, terus bersemangat untuk mewarna buku tersebut. Di sebelah petangnya pula, kakak pula dapat naik ke pentas untuk mendapat hadiah kecemerlangan fardhu ain di transit kakak. Agaknya kakak malu untuk mengambil hadiah dari abahnya sendiri sehingga guru besar ketawa di sisi.
anak dara ini sudah tidak mahu diambil gambarnya
aksi gembira dengan belon yang diperolehi selepas majlis selesai
Sekurang-kurangnya kakak masih bergembira mendapat hadiah untuk fardhu ain di transitnya walaupun tidak berjaya mendapat sebarang hadiah di hari kecemerlangan sekolahnya.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?