Saturday, September 26

Jambatan Silaturrahim

Aktiviti berziarah diteruskan ke rumah saudara-mara serta rakan-rakan.

Sewaktu berziarah ke rumah rakan suami di sebelah pulau, anak-anak teruja dengan ini,



"tulang ikan" ini berada berhampiran dengan kediaman rakan suami.



Bila ditanya boy ke girl, boy jawabnya, hehehe....

Alhamdulillah, saya sempat ziarah cikgu sekolah rendah saya, Cikgu Fatimah Bee Bee. Cadangnya ingin merakamkan gambar bersama, tetapi tidak kesampaian kerana melayan kerenah anak-anak. Cikgu berbesar hati menyediakan makan tengahari di rumahnya. Kesempatan ini digunakan dengan bertanyakan khabar tentang guru-guru lain yang mana, ada yang sudah kembali ke Rahmatullah.


dah namanya budak-budak, di dalam kereta pun boleh bermain..
( jangan tiru aksi berbahaya ini hehehe)


Destinasi seterusnya ke rumah sahabat saya. Sudah agak lama tidak bertemu dengan Haliza Yani, sekadar bertanya khabar melalui sms dan telefon sahaja. Pertemuan kami diisi dengan update perkembangan terkini masing-masing serta rakan-rakan yang lain, setakat yang diketahui melalui Facebook.


Pertemuan selama hampir 1 1/2 jam tidak terasa. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya jambatan silaturrahim antara kami masih utuh lagi.


4 comments:

  1. ohhh pi rumah cikgu fatimah bee bee ka? bestnya...dpt jumpa balik cikgu2... insyaAllah panjang umur balik ni bleh la kita pi sama2... :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah lin, beritahu dia lin tengah sambung phD di... insyaAllah, panjang umur, kita buat reunion di rumah dia, tentu dia seronok :D

    ReplyDelete
  3. :) Yani still duduk rumah sama kat SP ka ? Dulu masa saya rajin balik kg.. ada can saya pi singgah rumah parents dia di Kulim ( masa dia single ) dan pi rumah dia kat SP.. hmm.. have to visit her la... long overdue .. nak intro bini dan anak .. and oh, jumpa hang sekeluarga sekali :) ....

    apa habag dia dan family ? dia still teaching ?

    ReplyDelete
  4. Iya, masih di SP, rumah yang sama. Yes, should include in your list of "must" do when you're here in Penang/Kedah. Dia alhamdulillah, sihat, anak 4, dan masih mengajar. Cuma suami dia sekarang ini di Turkmenistan (betul ke ejaannya?), Petronas hantar untuk 3 tahun.

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin