Budak montel ini sejak saya ambil dari rumah toknya pada petang Khamis, sudah suam-suam kuku badannya. Hari Jumaat lepas, bawa adik ke The Mall Pinang untuk mencari baju rayanya. Baju kakak sudah dibeli 2, 3 hari sebelum itu lagi. Tidak larat membawa kedua-dua mereka ke tempat shopping kerana lebih banyak masa terbuang dek kerana mereka berkejaran ke sana ke mari di celah-celah baju. Adik sangat cerewet di dalam pemilihan baju. Teringat hari raya tahun lepas, merata pasaraya kami singgah untuk mencari baju yang berkenan di hatinya. Alhamdulillah, tahun ini, sekejap sahaja shopping bajunya kerana dia inginkan baju yang menyerupai baju kakaknya. Lega... Badan adik semakin panas dan batuk makin menjadi. Memandangkan dengan wabak yang bermaharajalela sekarang ini, ada juga kerisauan di hati. Ubat batuk dan demam kakak yang baru diambil awal bulan Ogos diberikan kepada adik dahulu sementara menunggu untuk ke klinik. Alhamdulillah, hari ini, adik sudah kebah demamnya, cuma batuknya sekali-sekala masih bersisa.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?