Sejak bersekolah, tugasan hari cuti adalah membasuh kasut sekolah. Dan siapa yang paling bersemangat untuk membasuh kasut? Tidak lain dan tidak bukan, adik! Hehehe... dia sangat teruja untuk "menolong" kakak membasuh kasutnya. Diam-diam, tanpa mereka sedari, saya mengambil video dari dalam rumah ketika mereka leka membasuh kasut di halaman rumah. Saya bertanya kakak, siapa yang membasuh kasut sekolah kawan-kawannya sambil menyebut nama mereka. Dia beritahu ada kawan yang mak mereka yang basuhkan dan ada juga kawannya yang basuh sendiri. Saya suka membiarkan anak-anak berdikari dengan melakukan perkara yang mereka dapat lakukan sendiri.
saya pun sama. suruh muhammad basuh sendiri. dulu saya suruh dia basuh sendiri, kalau saya lihat tak betul2 putih, saya tonyoh kali kedua. tapi la ni, tak palah mcm manapun, semua dia uruskan sendiri, cuma masih nak kena suruh. tu yg tak tahan..
ReplyDeleteselagi tak suruh, selagi tu masih tak berbasuh, nanti tak tahulah boleh buat dengan sendiri ke tak. Sekarang ni suami akak yang monitor dia basuh
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete