Selesai singgah di Masjid untuk solat, suami menunjukkan dari kejauhan kelihatan kereta kabel sedang bergerak. Tujuan utama dia ingin ke Langkawi sememangnya ingin menaiki kereta kabel. Saya? Saya tidak begitu teruja kerana saya mempunyai ketakutan pada tempat tinggi (gayat). Aduhai...saya sudah katakan padanya, saya tidak mahu naik kereta kabel. Anak-anak melihat dari kejauhan juga menyatakan takut. Tetapi akhirnya... naik juga.
Kecut perut saya jangan dikatalah... sepanjang perjalanan naik ke atas Gunung MaCinchang itu, saya cuma duduk diam. Sekali-sekala berbual dengan 2 orang pelancong UK yang menaiki gondola yang sama. Tidak berani menoleh ke belakang serta mengambil gambar. Tugas itu saya serahkan kepada suami saya. Sampai di stesyen teratas sekali, menggigil saya dibuatnya. Saya cuma merayau di sekitar stesyen, manakala suami dan anak-anak saya berjalan di jambatan gantung. Subhanallah, pemandangan dari atas sememangnya cantik, sungguh mengagumkan.

Adik pada mulanya takut, sudah berani dengan tempat tinggi
telaga tujuh
Suami mengusik saya, katanya apa yang takutnya...saya katakan cuma orang yang mengalami fobia ini yang memahami. Sememangnya saya masih mempunyai fobia ini tetapi, Alhamdulillah, adik nampaknya sudah hilang fobia di tempat tinggi ini setelah menaiki kereta kabel.
mmg cantik kat atas tu... best juga kalau dpt pi lagi tapi 2,3 tahun ni dlm mimpi je la ke ke ke
ReplyDeletehehehehe...rasanya kalau dpt jalan di atas jambatan gantung tu lagi cantik..cuma tengok dalam gambar jelah.
ReplyDeletesubhanallah cantiknye pemandangan dr cable car. kamera akak bagus. cantik2 gambar2 akak ambil.saya dah tunjuk pd hubby,dia kata Insya-ALLAH kita pi nanti. hehe... saya dah lama teringin nak naik cable car. 1st time naik di Uk, di isle of wight, yg tu mmg terbuka cable car dia, dr atas bukit turun dan u turn lalu dalam laut, best sgt. memang cantik dan saya pun sebenarnya gayat juga tp peluang menikmati pemandangan cantik dan keseronokan boleh hilangkan gayat tu.
ReplyDeletekamera biasa je alhan, auto, snap2 je...mana yg jadi cantik, cantiklah.. hehehe. Macam menarik juga cable car di Uk tu, akak tak pernah pergi sana lagi.
ReplyDelete