Hari Khamis, pagi-pagi lagi sudah bersiap-sedia ke tempat Kereta Kabel. Harga tiket RM28/dewasa dan RM18/kanak-kanak (3 - 12 tahun). Tetapi bagi warganegara Malaysia yang menunjukkan MyKad di kaunter, diskaun diberikan. Untuk kami 2 dewasa 2 kanak-kanak, harga yang perlu dibayar cuma RM40 sahaja.
Pintu masuk ke Kereta Kabel
Nasib tidak menyebelahi kami. Pagi itu, kereta kabel tidak dapat diaktifkan kerana angin agak kencang. Jadi kami bersiar-siar sekitar Animals Garden itu.
Saya membeli 2 paket makanan rusa. Anak-anak tidak berani untuk mendekati rusa, hanya saya dan suami "melayani" rusa makan.
anak rusa sedang bersantai
Jika berminat, boleh menunggang gajah
untuk anak-anak, pasti tidak melepaskan peluang bermain-main dengan arnab
jika tidak geli, anda boleh bergambar dengan ular sawa (dibelit dileher) seberat 20kg ini
Tumpuan utama, kaunter ke Kereta Kabel
wah bestnye akak bercuti2 malaysia. saya esok baru nak bercuti2 melaysia. yang takjubnya, pagi saya akan ke school mendaftar sebagai pelajar phd, kemudian ptg saya akan bertolak ke KL untuk destinasi bercuti2 malaysia, dah bagitahu penyelia dia izinkan. Insya-ALLAH kami akan menziarahi mertua dan kemudian ke bukit tinggi, kemudian ke lumut dan pulau pangkor, Insya-ALLAH. hari tu berkira2 nak ke langkawi. bagus info akak boleh plan untuk next percutian kami. saya memang teringin nak bawa anak naik kabel car. bagus betul info akak pasal budget tu. saya pun dah dapat agak budget mesti tinggi jika ingin bercuti ke langkawi.
ReplyDeleteSelamat berjuang utk alhan. Banyaknya tmpat nak pergi...selamat bercuti2 malaysia. Seronok dan penat tau bila bercuti2 ni. Akak dah 3 kali ke Langkawi, lawatan kedua tak dapat naik cable car sebab hujan, itu yang suami beriya nak pergi lagi.
ReplyDelete