Kagum dengan ilmu yang ditunjukkan oleh orang Jepun. Mereka begitu bersungguh-sungguh mencipta sesuatu rekaan dan menambahbaik setiap rekaan mereka. Bayangkanlah sejak tahun 2000 mereka mencipta Asimo dan sehingga kini, mereka menambahbaik robot yang hampir menyerupai manusia dari segi pergerakan.
Sabtu lepas, untuk menghiburkan anak-anak, kami bawa mereka menyaksikan pertunjukan Asimo di Queensbay Mall. Ramai juga pengunjung, tapi Alhamdulillah, berkesempatan berada berdekatan pentas pertunjukan supaya kakak mendapat pemandangan yang lebih jelas. Adik ketakutan...tidak mahu mendekati kerana takut robot itu memegangnya...hehehehe. Nampaknya kakak terhibur dengan aksi-aksi yang ditunjukkan oleh Asimo tersebut.

Bagi saya, ilmu itu tiada kesudahannya, selagi kita memburu dan mencari, selagi itu terasa diri ini semakin kerdil dengan ilmu Allah.
Kelakor adik tu..ari tu melawat planetarium..jantung sampai berdegup kencang...ketakutan yang melampau..hehehe
ReplyDeletehehehe, nak ambik gambar dekat banner pun takut...
ReplyDeletemuka kakak sebijik muka fazilah masa darjah 1 dolu dolu... kekeke...
ReplyDelete:D, anak sapaaaa la tu... hehehe
ReplyDelete