Saturday, May 10

Rutin

Tadi pagi saya ditugaskan untuk menjaga pameran universiti. Hmm...jika amanah, harus dilaksanakan dengan ikhlas. Selalu, saya akan ambil jalan yang jauh sedikit kerana menghantar anak-anak ke tadika/taska. Pagi ini, dek kerana 'rutin' yang terbiasa, saya masih lagi di jalan yang sama, padahal, boleh ambil jalan yang kurang 5 minit perjalanan ke tempat kerja. Sudah melepasi susur keluar jalan itu, baru terperasan, "laa, kenapa aku ambil jalan ini?" Aku tersenyum sendiri dalam kereta! Begitulah kita kan, jika sudah biasa dengan rutin seharian, bila 'terkeluar' dari norma itu, kita masih kekal dengan rutin itu. Susahkah untuk kita berubah? Tidak susah, cuma kena set di dalam fikiran kita, insyaAllah, kita boleh berubah.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin