Buku ini diperolehi dengan harga RM35.00. Buku setebal 611 mukasurat ini mengandungi 281 masalah dalam kehidupan manusia yang tersusun di dalam topik-topik yang ringkas. Karya asal Dr. 'Ayidh bin 'Abdullah Al-Qarni ini yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia mengandungi himpunan ayat-ayat Qur'an yang bersesuaian dengan situasi kesedihan serta bait-bait serta rangkap-rangkap syair Arab yang menyentuh jiwa.
Tidak dinafikan ketika saya ditimpa masalah, buku ini dirujuk dengan harapan dapat menyejukkan hati yang tengah berduka. Ternyata masalah yang menimpa tidaklah seberat mana berbanding dengan orang lain. Antara bait syair yang saya gemari adalah,
"Aku memohon kepadaMu (ya Allah) agar aku selalu boleh bersikap sederhana, baik ketika marah mahupun senang"
Ketika dilanda masalah, ingatlah peringatan mesra dari Allah,
"Dan, sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah : 155)