Rasanya kalau ke Melaka tidak sah jika tidak pekena ikan bakar di Umbai. Selepas penat berjalan di Dataran Pahlawan, selepas maghrib, kami bertolak ke Umbai. Suami memandu dengan berbekalkan gerak hati mengikut papan tanda yang ada hehehe. Sampai juga akhirnya.
Mungkin lain orang mempunyai citarasa yang berlainan, tetapi secara peribadi, ikan bakar di Telok Tempoyak lebih sedap jika dibandingkan ikan bakar yang kami nikmati pada malam itu. Namun, hajat sudah kesampaian untuk merasa ikan bakar Umbai.






